Kakak mangsa lihat perbuatan cabul kamu

Kakak mangsa lihat perbuatan cabul kamu

Kakak mangsa lihat perbuatan cabul kamu
Kakak mangsa lihat perbuatan cabul kamu

Muar: “Dalam kes kamu, ada prima facie. Jadi mahkamah putuskan kamu perlu membela diri,” kata Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat, ketika mengarahkan seorang petani berusia 55 tahun membela diri atas pertuduhan mencabul anak tirinya, empat tahun lalu.

Dalam keputusannya, mahkamah juga menolak hujahan pihak pembelaan yang mengatakan bahawa tarikh dikemukakan saksi pendakwaan tidak sama dengan kejadian sebenar berlaku.

Abu Bakar berkata, ini kerana dalam kes ini terdapat saksi mata yang melihat kejadian itu berlaku iaitu kakak mangsa.



“Tarikh kejadian adalah tidak material dan mahkamah tidak mengambil kira (tarikh kejadian) tapi dalam kes ini pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan memang wujud prima facie.

“Justeru, mahkamah memutuskan supaya kamu perlu memberi keterangan membela diri,” katanya.

Sejurus selepas keputusan itu, peguam tertuduh, Mohd Razak Sharif bangun dan memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya akan memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi.

Pada April tahun lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas satu pertuduhan mencabul kehormatan anak tirinya yang ketika itu berusia 11 tahun dua bulan.



Kejadian berlaku pada 2019 iaitu sekitar jam 9.30 malam di sebuah rumah di Parit Jawa, di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan manakala tambahan hukuman bagi Seksyen 16 pula ialah penjara lima tahun dan dua sebatan.

Tertuduh bagaimanapun, mengaku tidak bersalah pada hari pertuduhan dibacakan. Sepanjang tempoh perbicaraan itu, pihak pendakwaan yang diketuai Danial Munir memanggil enam termasuk kakak mangsa.



Susulan keputusan itu, mahkamah menetapkan 8 Januari depan untuk tertuduh memberi keterangan membela diri.

Kakak mangsa lihat perbuatan cabul kamu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Suara Demi Najib” mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button