RM160,000 lebur, pengurus syarikat terpedaya pelaburan tidak wujud

RM160,000 lebur, pengurus syarikat terpedaya pelaburan tidak wujud

RM160,000 lebur, pengurus syarikat terpedaya pelaburan tidak wujud
Foto hiasan

KUCHING: Pengurus sebuah syarikat kerugian RM160,000 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud di laman sosial yang menjanjikan pulangan tinggi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata lelaki berusia lewat 40-an dari daerah Bau itu tertarik dengan tawaran membuat satu pelaburan yang tidak wujud diiklankan dalam laman sosial pada pertengahan September lalu.

“Nombor telefon mangsa telah dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp berkenaan sebelum diajar cara-cara membuat pelaburan oleh seorang lelaki dikenali sebagai ‘Jerry’ yang mengaku sebagai pengurus kewangan syarikat menawarkan pelaburan terbabit.



“Selepas mendengar penerangan daripada suspek, mangsa berminat dan membuat pelaburan melalui laman web,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa kemudian melakukan lima transaksi pemindahan dengan wang keseluruhan berjumlah RM160,000 kepada dua akaun bank atas nama syarikat yang berlainan pada bulan ini.

“Mangsa hanya menyedari ditipu setelah cubaan mengeluarkan keuntungan pelaburan berjumlah RM20,000 gagal. Malah, suspek turut mengarahkan mangsa membuat pembayaran tambahan untuk membolehkan mangsa melakukan pengeluaran wang,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



“Suara Demi Najib” mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button