Gaduh guna pedang samurai, 9 lelaki mengaku salah

Gaduh guna pedang samurai, 9 lelaki mengaku salah

Gaduh guna pedang samurai, 9 lelaki mengaku salah
Tertuduh berada di luar Mahkamah Majistret selepas didenda kerana merusuh menggunakan pedang samurai. – Foto NSTP/Alias Abd Rani

MUAR: Sembilan lelaki termasuk seorang penternak lembu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan terbabit dalam kejadian merusuh dengan bersenjatakan pedang samurai di Sungai Abong, awal bulan ini.

Mereka ialah S Vikneshwaran, 34, Tiew Soon Cheng, 58, Yee Wee Keat, 28, Richard Tey Rui Kiat, 22, Goh Hong Jun, 19, Peng Wei Siang, 21, Tan Wei Chuan, 29, Chan Kok Siang, 35, dan Lau Chung Kiat, 29, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca bersama oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Sementara, seorang tertuduh, Cheow V-Chun, 28, tidak hadir.



Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa bersenjatakan objek tajam, merusuh dalam kejadian berdekatan sebuah kopitiam, Jalam Marin, Sungai Abong, di sini, antara jam 11.30 malam hingga 1 pagi, 8 Oktober lalu.

Berikutan itu, semua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 setiap seorang manakala, Kok Siang didenda RM2,500.

Semua tertuduh juga diarah menjalani hukuman penjara tiga dan lima bulan jika gagal membayarnya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh diwakili R K Bala.



Gaduh guna pedang samurai, 9 lelaki mengaku salah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button