Teguran Tengku Mahkota Johor Kepada Anwar
Teguran Tengku Mahkota Johor Kepada Anwar
Dalam satu rancangan secara langsung, Tengku Mahkota Johor (TMJ) memberikan teguran kepada perdana menteri, Anwar Ibrahim.
Menurut Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail, Anwar perlu lebih tegas dalam memimpin kerajaan persekutuan.
Baginda melihat Anwar seolah-olah terikat antara ketegasan beliau sebagai perdana menteri dengan mahu mengambil hati pihak tertentu.
“Memang niat nak buat sesuatu itu ada, tapi dia perlu laksana lebih banyak atau berani dalam membuat sebarang keputusan”.
“Tak boleh jaga hati setiap orang”.
“Buat apa saja keputusan demi kebaikan negara, sungguhpun kadangkala perlu jadi pembenci”.
“Mungkin (dia) ambil jalan terlalu selamat,” titah TMJ.
Dalam rancangan podcast tersebut, TMJ dilihat sempat menyindir beberapa ahli politik muda yang lebih banyak beretorik tetapi tiada halatuju perjuangan yang jelas.
“Kalau anda muda, tetapi lebih kepada populis dengan hanya bercakap berdasarkan teori tanpa praktik, anda tak patut berada dalam bidang politik”.
“Bukan nak kata usia, tetapi pandangan yang tidak begitu relevan dengan senario semasa negara”.
“Tentu kita perlu orang muda dalam kerajaan atau politik”.
“Tapi bukan hanya berdasarkan usia, tetapi juga kelayakan,” jelas baginda.
Mungkin apa yang ditegur oleh begainda adalah mengenai ketegasan Anwar dalam usaha membenteras rasuah dan mendakwa semua penjenayah rasuah.
Terdapat beberapa kes-kes berprofil tinggi yang sudah pun menjadi rahsia umum tetapi masih lagi belum diambil tindakan oleh kerajaan sekarang.
Demi keadilan dan masa hadapan negara, Anwar perlu bertindak ‘without fear or favour’, meskipun tindakan itu bakal dilihat sebagai tindakan tidak popular.
Terlalu banyak dana negara dan rakyat diselewengkan oleh ahli-ahli politik yang tamak dan rakus.
Sudah sampai masanya Anwar ‘walk the talk’ untuk mendapatkan kembali setiap sen duit negara yang dicuri.
Tanpa mengira kawan atau lawan, heret semua yang terlibat dalam jenayah rasuah ke mahkamah.
Teguran Tengku Mahkota Johor Kepada Anwar
Di Syorkan Untuk Anda:
- Apakah Akan Ada Berita Baik Untuk Najib Dari Istana Negara?
- Wajarkah Kerajaan Haramkan TikTok?
- Benarkah Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anwar Dalam Undi Bajet 2024?