Kita sudah macam pasukan kawan-kawan

Kita sudah macam pasukan kawan-kawan

Kita sudah macam pasukan kawan-kawan
VERA sudah bekerja keras dan memberikan usaha semaksimum mungkin, namun kualiti Kelantan FC ketika ini tidak ubah seperti ‘pasukan kampung’.

SUDAH tiada apa yang mampu pengendali Kelantan, Alfredo Angel Vera lakukan kecuali melabelkan kualiti pasukan ketika ini tidak ubah seperti ‘pasukan kampung’ dan langsung tidak layak untuk bermain di peringkat tertinggi bola sepak Malaysia.

Tanpa menyalahkan pemain ekoran kekalahan 8-0 kepada Perak di Stadium Perak, kelmarin, Vera seakan ‘mati kutu’ untuk memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang di­ajukan ketika sidang media.

“Tetapi sangat susah untuk berjuang dengan pasukan lain yang semuanya berlatih setiap hari dan memiliki pemain yang lengkap. Kita seperti pasukan kawan-kawan, panggil (pemain) di sana dan kumpul di sini untuk bermain.



“Pemain sudah buat yang terbaik, berusaha dan saya tidak boleh cakap apa-apa kerana bukan salah mereka. Tidak mungkin kita boleh lawan pasukan yang benar-benar profesional,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Suara Demi Najib” mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak


Pada perlawanan kelmarin, Luka Milunovic mencipta hatrik, diikuti dua gol daripada Seo Seonung dan masing-masing satu gol daripada Wan Zack Haikal Wan Nor, Shivan Pillay Asokan dan Luciano Guaycochea.



Ia adalah kekalahan besar keempat berturut-turut, tewas 8-0 kepada Terengganu, dimalukan Johor Darul Ta’zim (JDT) 10-0, tewas 11-2 di tangan Selangor.

“Perlawanan selepas ini kita hanya berusaha, bekerja keras dan berikan semaksimum mungkin. Walaupun tahu boleh kalah, nikmati perlawanan dan kita kena jadi kuat untuk leng­kapkan pertandingan,” katanya.

Kita sudah macam pasukan kawan-kawan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Suara Demi Najib” mohon keadilan perbicaraan buat Najib Razak



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading