Bila Raja Spin Cuba Pertahankan Raja Sakau

Bila Raja Spin Cuba Pertahankan Raja Sakau

Dalam video berdurasi 16:32 minit, Raja Petra Kamaruddin (RPK) cuba untuk menghasut pendengar dengan beberapa tuduhan melulu yang tidak berfakta.

Terdapat 3 intipati yang disampaikan oleh RPK:

  • Anwar terdesak untuk membuktikan tuduhan Muhyiddin melakukan salah guna kuasa dalam perbelanjaan RM600 bilion dana rakyat
  • RPK menuduh Anwar menyokong Israel dalam krisis peperangan Palestin dan Israel
  • Kononnya Anwar mempunyai strategi baharu untuk menghapuskan karier politik Muhyiddin dengan merancang pendakwaan terhadap peguam Muhyiddin, Rosli Dahlan

Penulis sebenarnya tidak berminat dengan apa yang dikatakan RPK, kerana sudah sedia maklum beliau seorang pemfitnah tersohor.



Hidup dalam pelarian di Manchester sudah cukup memberikan gambaran betapa RPK sebenarnya seorang yang takut untuk bertanggungjawab dengan apa yang beliau lakukan.

Anwar Terdesak

Sebenarnya angka RM600 bilion itu datangnya dari mulut Muhyiddin sendiri.

Beliau berkata begitu ketika berucap di hadapan masyarakat Sikh Malaysia pada bulan April 2021.

Muhyiddin berkata, kerajaan sudah tidak ada duit kerana kerajaan sudah belanja lebih RM600 bilion untuk pakej-pakej rangsangan.



Mengenai 4 pertuduhan yang ditolak oleh Mahkamah Tinggi, bukan kerana ianya adalah pendakwaan yang dicipta seperti di era Dr Mahathir.

Mahkamah menolak kerana ada kesilapan teknikal dan kini rayuan sudah dibuat dan akan didengar di Mahkamah Rayuan.

Tapi jangan lupa, Muhyiddin ada 3 lagi kes yang sedang menanti beliau di mahkamah.

Anwar Sokong Israel

Penulis yakin, sekiranya RPK berada di Malaysia, sudah pasti beliau tidak akan berani membuat tuduhan begitu.



Di dalam parlimen, Anwar mendedahkan Malaysia menerima tekanan dari Amerika kerana pendirian tegas negara menyokong Palestin dan mengecam serangan Zionis.

Malah Duta Besar Malaysia ke Amerika telah dipanggil dan diberikan tekanan oleh kerajaan Amerika.

Jadi di mana asasnya tuduhan RPK yang mengatakan Anwar menyokong Israel?

Strategi Baru Untuk Hapuskan Karier Politik Muhyiddin

RPK menuduh, serbuan SPRM ke atas pejabat guaman Rosli Dahlan adalah untuk menghapuskan satu-satunya penghalang untuk menghapuskan karier Muhyiddin.



Kononnya, Muhyiddin akan memberikan cabaran hebat dan bakal menggulingkan kerajaan sekarang dalam PRU 16.

Tambah RPK lagi, PRU 16 akan diadakan dalam masa 2 atau 3 tahun lagi kerana kerajaan sekarang tidak mampu bertahan hingga ke akhir penggal.

Mungkin RPK lupa atau tidak tahu atau pura-pura tidak tahu, tidak ada keperluan untuk merosakkan reputasi Muhyiddin kerana ia sebenarnya sudah pun hancur.

Beberapa tindakan PAS yang membelakangkan Muhyiddin memberi petunjuk yang jelas bagaimana perasaan hormat sekutu Muhyiddin sudah hilang.



Ini adalah kerana ketidakupayaan Muhyiddin memimpin PPBM dalam beberapa siri pilhanraya.

Benar, dalam PRU 15 Perikatan Nasional menang 74 kerusi parlimen, tetapi tanpa PAS, mampukah PPBM menang sebegitu banyak kerusi?

Dalam PRN 6 negeri, berapa banyak kerusi yang PPBM menang?

Kerusi yang hilang duit deposit lebih banyak dari kerusi yang dimenangi.



Serbuan SPRM ke atas pejabat Rosli Dahlan adalah berkaitan rundingan antara beliau dengan rundingan antara beliau dengan Goldman Sachs mengenai aset 1MDB.

Timbul persoalan, mengapa jumlah tuntutan jauh lebih rendah dari jumlah persetujuan asal di era DS Najib dan mengapa ianya dilakukan dengan tergesa-gesa?

Persoalan yang lebih besar adalah, sehingga ke hari ini, jumlah aset 1MDB yang telah dipulangkan bernilai sekitar RM20 bilion.

Tetapi hutang 1MDB masih kekal seperti sebelumnya?

Apa yang dirundingkan?

Ke mana perginya RM20 bilion yang sudah dikembalikan?

Kalau pun Rosli Dahlan didakwa, tidak ada masalah untuk beliau terus menjadi peguambela kepada Muhyiddin.

Bukankah TS Shafee Abdullah tetap menjadi peguambela kepada DS Najib walau pun beliau didakwa di bawah AMLA?

Seperti yang rakan penulis katakan, mungkin RPK kecewa kerana passport Muhyiddin masih lagi ditahan.

Tidak mungkin bayaran dibuat melalui pemindahan akaun, sudah tentulah dibayar dengan tunai supaya tiada ‘money trail’.

 

Bila Raja Spin Cuba Pertahankan Raja Sakau

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button