Disingkirkan RTG selepas gagal menang pingat emas
Disingkirkan RTG selepas gagal menang pingat emas
PENCAPAIAN hambar skuad hoki lelaki kebangsaan pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di China pada September lepas akhirnya membawa padah apabila digugurkan daripada program Road to Gold (RTG) berkuatkuasa serta-merta semalam.
Selain hoki, dua pasangan beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai turut dikeluarkan daripada senarai atlet elit yang berada dalam program tersebut.
Kata Stuart, peluang Speedy Tigers untuk kembali tersenarai dalam program RTG masih terbuka andai anak-anak buah A. Arul Selvaraj itu berjaya melepasi pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2024 tahun depan.
“Prestasi di Sukan Asia Hangzhou menyaksikan kedudukan pasukan hoki negara jatuh dari tangga kesembilan ke tangga ke-12 dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib dicipta tergesa gesa, Pendakwa terpaksa alih tiang gol elak kekalahan
- 4 Negeri PAS Bakal Di Jadikan Pusat Penggubahan Wang Haram?
- Tubuhkan RCI Untuk Siasat Pembaziran Lebih RM1 Bilion Pembelian PPE, Vaksin & Ventilator Ketika Covid-19
- Antara YDP Agong Ke 17, Mahathir Dan Pulau Batu Puteh
“Mereka masih berpeluang tersenarai ke RTG jika layak ke Olimpik menerusi aksi kelayakan,” katanya selepas mesyuarat jawatankuasa RTG di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.
Mengulas lanjut, Stuart mengesahkan prestasi tidak konsisten dicatat Soon Huat-Shevon dan Kian Meng-Pei Jing menjadi punca mereka disisihkan daripada carta RTG.
“Prestasi merudum Kian Meng-Pei Jing menyaksikan kedudukan mereka jatuh ke ranking No. 23 senarai kelayakan Olimpik dan Soon Huat-Shevon pula jatuh ke kedudukan ke-17.
“Sekiranya prestasi mereka semakin pulih, jawatankuasa RTG akan menilai semula kerana perkiraan kemasukan atlet badminton berbeza dengan sukan lain,” katanya.
Sementara itu, jawatankuasa RTG turut bersetuju menyenaraikan atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan ke dalam program berkenaan berdasarkan permintaan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM).
“Aniq kini berada di kedudukan ke-10 dalam ranking Olimpik yang merupakan sebahagian daripada kriteria RTG selain dia juga baru berusia 21 tahun pada masa ini,” kata Stuart.
Disingkirkan RTG selepas gagal menang pingat emas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Raja Spin Cuba Pertahankan Raja Sakau
- Politik Pulau Pinang Bergolak Lagi
- Bila Mat Jargon Cuba Nak Jadi Hero