Proton buka tempahan sedan baharu S70, hanya RM500
Proton buka tempahan sedan baharu S70, hanya RM500
Tanjung Malim: Proton memperlihatkan model akan datangnya Proton S70 dengan upacara pembukaan barisan pengeluaran di kilang mereka di Tanjung Malim, Perak.
Ia adalah model sedan pertama yang ditambah ke dalam barisan model jenama itu sejak model Persona yang dilancarkan pada Ogos 2016.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Li Chunrong berkata selain nama rasmi, tagline untuk S70 diumumkan sebagai “Intelligence that Evolves” dan tempahan sudah dibuka mulai hari ini dengan bayaran RM500.
“Model sedan keluarga ini dilengkapi teknologi keselamatan pintar dengan enjin 1.5L turbo dan transmisi dwi-klac serta kami mempunyai harapan tinggi untuk ia kembali popular seperti model-model sebelum ini iaitu Wira, Waja dan Preve,” katanya.
Majlis penyerahan barisan yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Perindustrian (MITI), Datuk Hairil Yahri Yaacob.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Najib dicipta tergesa gesa, Pendakwa terpaksa alih tiang gol elak kekalahan
- 4 Negeri PAS Bakal Di Jadikan Pusat Penggubahan Wang Haram?
- Tubuhkan RCI Untuk Siasat Pembaziran Lebih RM1 Bilion Pembelian PPE, Vaksin & Ventilator Ketika Covid-19
- Antara YDP Agong Ke 17, Mahathir Dan Pulau Batu Puteh
Proton S70 adalah sedan dalam segmen-C yang juga model keempat dibangunkan bersama Geely selepas X70, X50 dan X90 hibrid ringan adalah model serba baharu kedua yang dilancarkan untuk tahun ini.
Sebelum pelancaran rasmi, S70 boleh dilihat dengan lebih dekat di beberapa lokasi utama di Malaysia bermula 11 November nanti.
“Upacara pembukaan barisan pemasangan hari ini adalah satu lagi langkah penting bagi Proton dalam usaha kami bersama DRB-Hicom dan Geely untuk menjadikan Tanjung Malim dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) sebagai hab automotif kebangsaan.
“Syarikat melabur lebih dari RM1.8 bilion bagi menaiktaraf kemudahan di sini dengan membina barisan pemasangan enjin dan panel baru serta bengkel ‘stamping’ untuk mengembangkan rangkaian penawaran merangkumi lebih banyak Kenderaan Tenaga Baru (NEV) dan kenderaan elektrik,” katanya.
Proton buka tempahan sedan baharu S70, hanya RM500
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Raja Spin Cuba Pertahankan Raja Sakau
- Politik Pulau Pinang Bergolak Lagi
- Bila Mat Jargon Cuba Nak Jadi Hero