Kumpulan warga asing pertama tinggalkan Gaza
Kasihanilah kami, kami keletihan
Kumpulan warga asing pertama tinggalkan Gaza
Rafah: Beratus-ratus pemegang pasport asing dan yang cedera serta terperangkap di Gaza mula meninggalkan wilayah yang dilanda perang itu, hari ini.
Ia susulan lintasan Rafah ke Mesir dibuka buat kali pertama sejak serangan Hamas pada 7 Oktober lalu, lapor wartawan AFP.
Konvoi bantuan yang sangat diperlukan sudah melepasi kawasan antara Mesir dan Gaza tetapi tiada sesiapa sebelum ini dibenarkan melalui lintasan Rafah.
Kira-kira 545 warga asing dan memiliki dua kewarganegaraan bersama kira-kira 90 yang sakit dan cedera mula beratur awal hari ini di terminal, antara yang dijangka meninggalkan Gaza.
Difahamkan, selepas dibenarkan masuk ke kawasan terminal, mereka perlu berbaris panjang di sekitar kawasan itu untuk pemeriksaan pasport dan dokumen lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bila Raja Spin Cuba Pertahankan Raja Sakau
- Politik Pulau Pinang Bergolak Lagi
- Bila Mat Jargon Cuba Nak Jadi Hero
Turut kelihatan, ambulans yang menunggu di sebelah Mesir untuk membawa mereka yang cedera dan sakit.
Seramai 240 orang lagi dijadikan tebusan
Mereka adalah antara lebih 15,000 yang cedera dalam serangan balas Israel, dibawa keluar untuk rawatan di hospital Mesir, yang menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas membunuh lebih 8,500 orang, dua pertiga daripadanya wanita dan kanak-kanak.
Sementara itu, gambar dirakam AFP menunjukkan seluruh keluarga membawa barang-barang dan beberapa individu yang cedera berkerusi roda serta ambulans memasuki pintu di persimpangan sempadan Rafah- satu-satunya yang tidak dikawal oleh Israel.
“Kami terharu… Kasihanilah kami. Kami orang Mesir dan tidak boleh menyeberang ke negara kami,” kata Umm Yussef, individu memiliki dua warganegara iaitu Palestin-Mesir kepada AFP di sebelah Gaza.
“Biarkan kami masuk. Kami keletihan. Kami tidak boleh tidur atau makan”.
Mesir mengumumkan individu cedera parah, warga asing, dan memiliki dua warganegara dibenarkan keluar dari Gaza, yang berdepan pengeboman tanpa henti oleh Israel beberapa minggu lalu.
Kumpulan warga asing pertama tinggalkan Gaza
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dokumen Rancangan Zionis Halau Penduduk Gaza Terbongkar
- Kisah vaksin dan perbelanjaan Ketika darurat Kerajaan Muhyiddin mula hangat Kembali.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Peguam Negara Tolak Representasi, Saudagar Minyak Masak Di Heret Ke Mahkamah