Memacu elektrifikasi
Memacu elektrifikasi
Sasaran jangka masa panjang ke arah mobiliti sifar emisi dan mesra alam adalah langkah utama untuk pengeluar kenderaan Sweden, Volvo Cars dengan melakukan transformasi menggunakan tenaga baharu.
Ia juga sasaran global mereka menjelang 2030 untuk kesemua model yang ditawarkan ke dalam pasaran adalah kenderaan elektrik (EV) termasuk di negara ini.
Misi itu dilihat seiring prestasi jualan Volvo menerusi Volvo Car Malaysia yang menutup tahun 2023 dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 37 peratus jualan EV berbanding 2022.
Menerusi varian Recharge terdiri daripada model EV dan elektrik hibrid plug-in (PHEV) juga menyumbang 71 peratus daripada jualan keseluruhan syarikat itu di sini.
Ia menempatkan mereka dalam kedudukan 15 teratas untuk Volvo Cars serta Recharge turut menyumbang sebanyak 38 peratus jualan pada 2023 di seluruh dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berhenti Memanipulasi Isu Pengampunan DS Najib
- Mahathir perlu jawap sumber kekayaan keluarga
- Shafee ingatkan media jangan melangkaui Perlembagaan
“Namun 2023 adalah tahun perubahan buat kami seiring dengan misi masa hadapan ke arah EV sepenuhnya dan ia adalah satu permulaan yang positif dalam memacu jualan lebih baik untuk tahun ini dan seterusnya,” katanya.
Model EV Volvo di Malaysia terdiri daripada model C40 Recharge Pure Electric dan XC40 Recharge Pure Electric hanya dijual secara atas talian dan ia adalah satu pendekatan berbeza namun lebih selamat, telus dan mudah.
Menurutnya, pelanggan tetap datang ke pusat pameran Volvo bagi melakukan transaksi dan ia juga penting untuk mereka mula menerima perubahan pembelian ke arah pendigitalan yang dilakukan Volvo.
Kelebihan selepas pembelian secara atas talian, pelanggan akan datang untuk menandatangani dokumen-dokumen yang berkaitan di bilik pameran dan masa yang ada disitu digunakan sebaiknya oleh mereka untuk memahami perincian EV dengan lebih baik selain pegawai jualan juga akan mempunyai lebih masa untuk menerangkan fungsi dan ciri yang terdapat pada model itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar
- Rasuah KFA: SPRM Panggil Sanusi
- PAS Hanyalah Sebuah Parti Dan Hadi Bukan Wali
“Untuk itu kami terus komited bagi mencapai cita-cita sebagai syarikat pengeluar kereta EV premium yang seiring dalam hala tuju serta prestasi sebagai jenama global,” katanya.
Untuk perkembangan lain, Frump juga memuji inisiatif kerajaan dalam melanjutkan insentif pengeluaran EV seperti pengecualian duti eksais, cukai jualan, dan pengecualian cukai import bagi komponen EV pemasangan tempatan (CKD) sehingga 2027 dan semua model EV Volvo di Malaysia adalah CKD yang menerima manfaat tersebut.
Ia turut meliputi pengecualian duti import dan eksais untuk import sepenuhnya (CBU) EV sehingga 2025 dan pengecualian cukai penuh untuk pengeluar peralatan pengecasan EV sehingga 2032.
Tambah Frump, tahun 2023 juga dengan pelbagai penambahbaikan kemudahan perkhidmatan pelanggan dengan pembukaan Volvo Car Damage Repair Centre yang terbesar oleh iRoll di Juru, Pulau Pinang pada April serta pelancaran bilik pameran Volvo 3S yang terbesar oleh Sisma Auto di Sungai Besi, Kuala Lumpur pada November lalu.
“Dalam menuju ke arah elektrifikasi, pengedar-pengedar memberikan sokongan penuh kepada usaha Volvo Car Malaysia dalam melancarkan segala usaha yang dilakukan terutama latihan kepada juruteknik, mekanik dan penasihat jualan untuk lebih memahami model dan sistem EV.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara Dr Samsuri dan Muhyiddin, siapa layak jadi PM 11?
- Penyokong PN, Mahathir berjaya ‘dibodohkan’ oleh 3 blogger
Langkah Merbok Kesinambungan Kepada Langkah Dubai
“Sebagai persediaan masa hadapan kami juga sudah mula menawarkan produk berkaitan penyelenggaraan yang sesuai dengan EV seperti tayar untuk terus menjana pendapatan kepada rakan niaga,” katanya.
Untuk rekod, Volvo Cars mencatatkan jumlah jualan baharu iaitu sebanyak 708,716 unit pada tahun lalu yang melihatkan peningkatan 15 peratus jika dibandingkan tahun sebelumnya.
Untuk EV Volvo Cars pada 2023 ia berjaya dijual sebanyak 113,419 unit di seluruh dunia iaitu peningkatan 70 peratus dan 152,561 unit bagi segmen PHEV (10 peratus) memperlihatkan portfolio yang kukuh untuk produk elektrik Volvo Cars serta rantaian bekalan yang stabil.
Memacu elektrifikasi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Daim akui kekayaan beliau boleh cecah RM50 Billion
- Perikatan Nasional sudah berada ‘hujung nyawa’?
- Sesungguhnya OREN Itu Menakutkan Adalah Benar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Bila tarikh sebenar Perikatan Nasional akan bentuk kerajaan?
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.