Tak Tahan Dengar Tangisan, Ibu Campak Bayi 10 Bulan Dalam Sungai

Seorang wanita bergelar ibu tergamak membuang bayi lelakinya yang baru berusia 10 bulan ke dalam sungai sehingga lemas. Mayat yang sudah berbau busuk itu ditemui terapung oleh orang kampung di sungai Tangerang, Indonesia.

Campak anak dalam sungai

Suspek yang dikenali sebagai Kamrah berusia 38 tahun dipercayai nekad mengakhiri nyawa anak kandungnya itu kerana tidak tahan mendengar si kecil menangis setiap hari tanpa sebab. Tidak terhenti di situ, suspek kemudian mendakwa terdengar bisikan yang mengarahkannya berbuat demikian.

Bagaimanapun selepas tersedar anaknya lemas di dalam sungai, suspek cuba menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya kerana si kecil itu telah dihanyutkan air deras. Difahamkan juga, suspek tertekan kerana perlu membesarkan anaknya sendirian memandangkan si suami bekerja di luar bandar dan tidak dapat dihubungi.



Suspek kemudian ditahan dan diarahkan menjalani penilaian psikologi bagi menentukan keadaan mentalnya. Berdasarkan pemeriksaan, suspek disahkan sihat dari segi psikologi dan boleh menjawab soalan. Kes disiasat di bawah akta perlindungan kanak-kanak, suspek berdepan hukuman penjara 15 tahun jika disabit bersalah.

Sumber: Medan Tribunnews


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading