PM Singapura akan serah kepimpinan sebelum PRU

PM Singapura akan serah kepimpinan sebelum PRU

PM Singapura akan serah kepimpinan sebelum PRU
LEE Hsien Loong. FOTO AFP

Singapura: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyuarakan hasratnya untuk menyerahkan pucuk kepimpinan kepada timbalannya Lawrence Wong, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Lawrence dan pasukan 4G (Generasi Keempat) telah berkhidmat selama bertahun-tahun. Mereka telah memikul tanggungjawab yang besar, dan sedang bersiap sedia untuk mengambilalih kepimpinan.

“Mereka telah membuktikan kemampuan mereka semasa Covid-19 dan sekarang sedang melakar agenda nasional.Dan Mereka bersama-sama dengan warga Singapura dalam melangkah ke hadapan bersama gerakan Forward SG,” kata Lee ketika Majlis Anugerah dan Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) 2023 di sini, pada Ahad.



Lee yang juga merupakan Setiausaha Agung PAP berkata Lawrence telah memaklumkan kepadanya bahawa “beliau sudah bersedia.”

“Pasukan 4G juga sudah bersedia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap Lawrence dan pasukannya. Tidak ada sebab untuk menangguhkan peralihan politik itu nanti,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguam Negara Tolak Representasi, Saudagar Minyak Masak Di Heret Ke Mahkamah




Lee yang berusia 71 tahun pada tahun ini, berkata, disebabkan Covid-19 beliau tidak dapat melaksanakan peralihan itu pada hari lahirnya yang ke-70 seperti diharapkan.

“Tetapi jika semuanya berjalan lancar, saya akan menyerahkannya menjelang ulang tahun ke-70 PAP tahun depan,” katanya. PAP diasaskan pada 21 Nov 1954.

Lee dilihat tidak dapat menahan sebak di akhir ucapannya selama satu jam.

“Adalah suatu penghormatan buat saya untuk berkhidmat kepada negara, pertama dalam SAF (Angkatan Bersenjata Singapura), dan kemudian dalam parti dan kerajaan, sepanjang hidup saya.



“Saya telah menjadi PM (perdana menteri) selama hampir 20 tahun,” katanya.

Lee berkata, Singapura dan PAP telah berubah secara menyeluruh, berdepan pelbagai dugaan dan cabaran, tetapi ada beberapa perkara yang kekal tidak pernah berubah.

“Kami masih memakai pakaian serba putih, dan kami masih bersapa satu sama lain sebagai rakan seperjuangan. Kami tetap berdedikasi kepada Singapura, kami masih berasa terpanggil untuk berkhidmat kepada rakyat, kami masih mempunyai kewajipan kepada generasi akan datang untuk memastikan negara ini berkembang maju dan selamat.”

“Perkara ini tidak berubah di bawah pengawasan saya, dan ia juga tidak akan berubah di bawah 4G,” katanya.



PRU Singapura kali terakhir diadakan pada Julai 2020.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button