Apple Memasarkan MacBook Pro 14-inci Dan 16-inci Baharu Dengan Cip Siri M3

Apple Memasarkan MacBook Pro 14-inci Dan 16-inci Baharu Dengan Cip Siri M3

Apple Memasarkan MacBook Pro 14-inci Dan 16-inci Baharu Dengan Cip Siri M3
Apple Memasarkan MacBook Pro 14-inci Dan 16-inci Baharu Dengan Cip Siri M3

Hari ini, pihak Apple telah mengumumkan beberapa produk yang hadir dengan cip pemprosesan Apple M3 baharu yang ada pada MacBook Pro.

ADVERTISEMENT

Pengeluaran Apple MacBook Pro dengan skrin bersaiz 14-inci dan 16-inci kini hadir dengan pilihan cip baharu.

 



apple

 

Malah, ia membolehkan pengguna melakukan pelbagai variasi tugasan menggunakan komputer riba baharu ini termasuklah penyuntingan multimedia, pengaturcaraan dan pelbagai perkara melibatkan kecerdasan buatan.

Menurut pihak Apple, komputer riba baharu ini hampi 11 kali ganda lebih pantas berbanding model MacBook Pro berasaskan Intel.

Ini sekaligus menjadikan ia antara pilihan baik bagi pengguna yang masih belum beralih dari model Intel sebelum ini.



 

ADVERTISEMENT

apple

 

Menariknya, MacBook Pro dengan 14-inci dilihat akan hadir dengan cip bermula Apple M3, sementara MacBook Pro 16-inci hadir dengan cip bermula M3 Pro atau M3 Max.



Dalam pada itu, Apple turut mengumumkan penggunaan warna baharu untuk MacBook Pro iaitu Space Black.

Rekaan lain komputer riba ini dilihat lebih kurang sama seperti sedia ada di pasaran, tetapi membawakan penambah-baikkan pada spesifikasi dan penggunaan.

 

apple

 



Di Malaysia, MacBook Pro 14-inci dengan cip M3 dijual pada harga RM7499, cip M3 Pro pula bermula RM9999 dan cip Apple M3 Max pula bermula RM14,799.

Untuk model MacBook Pro 16-inci pula, harga bermula RM11,999 untuk cip M3 Pro dan bermula RM15,999 untuk cip M3 Max.

BACA: Apple Tambah Ciri Baru Pada Touchbar Macbook Pro 2017

Terdahulu, Apple menyenaraikan MacBook Pro 2017 yang dilengkapi dengan sokongan Touch Bar dibawah peranti usang.



Kredit: amanz


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading