Azmi Caliph Buskers Sambut Bayi Perempuan

Khalisa Insyirah Nama Diberi, Baby Gebu, Beratnya 3.62 Kg

Azmi Caliph Buskers Sambut Bayi Perempuan

Azmi Caliph Buskers Sambut Bayi Perempuan
Azmi Caliph Buskers Sambut Bayi Perempuan

Tahniah diucapkan kepada penyanyi juga vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dan isterinya, Nazira Muhammad kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua, Khalisa Insyirah Khairul Azmi pada jam 3.28 petang Isnin.

Azmi memaklumkan mengenai berita gembira itu menerusi satu hantaran terkininya yang dikongsikan di Instagram.

“Pukul 3:28 petang tadi isteri saya selamat melahirkan anak perempuan kami. Baby dan ibu kedua-duanya sihat. Semuanya dipermudahkan Allah.



“Baby gebu. Beratnya 3.62 Kg. Moga Khalisa Insyirah Khairul Azmi membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

“Terima kasih kalian yang tak jemu mendoakan kebahagiaan kami,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen disusuli dengan pelbagai komen baik-baik daripada peminat dan rakan artis.

Azmi Caliph Buskers Sambut Bayi Perempuan

Dalam pada meraikan meraikan kegembiraan tersebut, Azmi turut mengucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan mereka agar dikurniakan rezeki memiliki cahaya mata selepas kehilangan anak sulung, Allahyarham Khairul Afnan, dua tahun lalu.



“Sejujurnya, sebelum isteri nak menjalani pembedahan melahirkan anak kami tadi, saya agak risau. Bagaimanapun, apabila semuanya sudah selesai, rasa lega sangat dan amat bersyukur kerana Allah beri lagi peluang untuk kami mempunyai zuriat.

“Alhamdulillah, nama ‘baby’ isteri yang pilih. Malah, sejak setahun lepas kami dah cari nama Khalisa Insyirah ini yang maknanya, Insya Allah cukup baik.

“Khalisa bermaksud suci atau murni, manakala Insyirah membawa makna ketenangan,” katanya, petik Harian Metro.

Terdahulu, Azmi dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 2011 dan selepas 10 tahun sabar menunggu zuriat, mereka dikurniakan anak sulung lelaki, Allahyarham Khairul Afnan pada 27 September 2021.



Bagimanapun, bayi berkenaan meninggal dunia pada 30 September 2021 kerana kegagalan fungsi otak.

Azmi Caliph Buskers Sambut Bayi Perempuan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading