Dijemput ajal ketika perjalanan bersolat Subuh di masjid
Dijemput ajal ketika perjalanan bersolat Subuh di masjid
PAPAR: Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh, meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Kampung Kelatuan, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, berkata mangsa menunggang motosikal seorang diri dari rumahnya di Kampung Kelatuan menuju ke Masjid Kelatuan yang jarak hampir satu kilometer.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa tergelincir dan terbabas selepas melalui jambatan kayu.
“Mangsa melambung dan jatuh ke atas jalan raya dalam keadaan tertiarap.
“Akibat itu, mangsa parah di muka dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Papar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Ambo berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat.
“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Dijemput ajal ketika perjalanan bersolat Subuh di masjid
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD?
- Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?
- Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas