Naik eskalator untuk daki gunung
Naik eskalator untuk daki gunung
Beijing: Walaupun mendaki gunung boleh menjadi aktiviti riadah yang menyeronokkan, tidak semua orang boleh atau sanggup menyertainya atas pelbagai faktor.
Hantaran di media sosial Xiaohongshu menunjukkan beberapa destinasi pelancongan di China kini dilengkapi dengan eskalator, menggabungkan pemandangan alam semula jadi dan inovasi moden untuk meningkatkan pengalaman pengunjung.
Di Gunung Tianyu, wilayah Zhejiang, eskalator dibina di atas kawasan berbatu bagi memudahkan pengunjung menikmati pemandangan alam semula jadi tanpa perlu mendaki.
“Pendakian di denai selama 50 minit kini dipendekkan kepada 10 minit,” menurut hantaran itu.
South China Morning Post melaporkan pelawat bagaimanapun perlu menghabiskan tiga kilometer (km) terakhir dengan berjalan kaki kerana eskalator sepanjang 350 meter (m) itu tidak sampai ke puncak gunung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Kalau kamu tidak tahu , elok diam” Setempek Nazri Aziz sergah Wan Ahmad Fayshal
- Mungkinkah MyOnePAS Adalah Platfom Penggubahan Wang Haram?
- Bekas Menteri Zionis Mahu Gaza Di Lenyapkan Terus!!!
Selain Gunung Tianyu, satu lagi eskalator di lereng gunung seperti Tangga Langit Selatan sepanjang 104 m dibina di Zon Jelajah Shenxianju, juga terletak di wilayah Zhejiang, tiga tahun lalu.
“Zon jelajah meliputi kawasan seluas 60 km persegi dan tempat tertinggi adalah 900 m dari aras laut. Mencabar secara fizikal bagi kebanyakan pelancong untuk berjalan di sekitar zon pelancongan.
“Anak muda pun rasa penat mendaki gunung ini. Ia diharap menjadikan perjalanan pelancong lebih mudah dan mudah, kami sudah memasang kedua-dua laluan kereta kabel dan eskalator, supaya orang ramai dapat menikmati pemandangan semula jadi dengan mudah,” kata pengurus di Shenxianju Tour Group, Gu Qiaolu.
Tindakan itu mendapat sokongan dan kritikan daripada netizen.
Ada menyokong inisiatif yang menyatakan bahawa warga emas dan kanak-kanak kini boleh mendapat akses mudah untuk meneroka tarikan alam semula jadi dengan selamat tanpa memenatkan diri.
Bagaimanapun, pencinta alam semula jadi tertanya-tanya apa guna eskalator kerana ia menghilangkan makna pendakian gunung, di samping menjejaskan keindahan di kawasan pergunungan.
Naik eskalator untuk daki gunung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gebang PAS Dalam Isu Palestin
- ‘Teori Domino’ Syed Imran
- BERSATU berantakan, Faizal Azumu pilih siapa?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :