Tuan rumah ‘culik’ kucing, lelaki terima pampasan RM6.5 juta

Tuan rumah ‘culik’ kucing, lelaki terima pampasan RM6.5 juta

Tuan rumah 'culik' kucing, lelaki terima pampasan RM6.5 juta
JOSHUA Smith bersama kucingnya, Frank. FOTO Agensi

Portland, Amerika Syarikat: Juri memutuskan seorang lelaki menerima pampasan AS$ 1.4 juta (kira-kira RM6.5 juta) selepas mendapati tuan rumahnya mencuri kucing peliharaannya.

Mirror UK melaporkan, Joshua Smith, 41, menemui seekor kucing terbiar pada 2017 dan membawanya masuk di bangunan yang menempatkan individu yang menjalani pemulihan dadah di Portland, Oregon.

Bagaimanapun, kucing itu kemudian dilaporkan hilang.



Selepas dua tahun, Smith menyaman rumah pemulihan itu, Pinestreet LLC, dan pemiliknya, Devon Andrad.

Smith mendakwa Andrad menangkap kucing baka Cheshire dinamakan Frank dan berusia tiga tahun itu.

“Mesej juri harus lantang dan jelas kepada tuan tanah.

“Kamu perlu menghormati hak penyewa, terutamanya dalam hal haiwan peliharaan,” kata peguam Michael Fuller, yang memenangi kes itu di Mahkamah Litar Daerah Multnomah pada Khamis lalu.



Menurut Oregon Live, tuan rumah itu memaklumkan dia meminta teman wanita untuk menghantar Frank ke tempat perlindungan haiwan.

Apabila doktor haiwan menemukan mikrocip dalam kucing itu, mereka mengembalikannya kepada pemilik asalnya.

Kes itu bukan dibawa ke mahkamah dengan tujuan menentukan siapa yang mencuri kucing itu tetapi sama ada Smith layak mendapat ganti rugi dan pampasan untuk tekanan emosi yang disebabkan menjadi mangsa kecurian haiwan.

Walaupun Smith memenangi kes berkenaan, dia tidak akan bersatu semula dengan Frank.



Smith merancang membeli kediaman sendiri yang boleh menempatkan banyak haiwan lain.

“Perkara yang paling penting ialah saya mendapat keadilan di mahkamah.

“Saya benar-benar bertuah kerana saya bercakap benar, tidak kira apa pun,” katanya.

Tuan rumah ‘culik’ kucing, lelaki terima pampasan RM6.5 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zahid Beri Bayangan Sudah Sampai Masanya Najib Kembali



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button