AffinMax 2.0 tampil ciri baharu
AffinMax 2.0 tampil ciri baharu
Kuala Lumpur: Affin Bank Berhad (Affin Bank) melancarkan aplikasi mudah alih AffinMax 2.0 dengan beberapa ciri terbaharu.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, komitmen Affin untuk membina syarikat kepimpinan digital tidak berbelah bahagi.
“Kami fokus untuk memaksimumkan potensi penuh teknologi kami, menyediakan pelanggan dengan perbankan sehenti yang selamat serta penyelesaian pada satu platform untuk menyelesaikan transaksi harian mereka dengan cekap.
“Peningkatan ini adalah sebagai tindak balas kepada peningkatan bilangan pelanggan Affin yang kini menggunakan aplikasi itu dengan lebih kerap.
“Dengan setiap platform teknologi yang kami perkenalkan, kami mengambil langkah lebih dekat untuk merealisasikan visi kami untuk menjadi pendahulu dalam inovasi digital dalam industri ini,” katanya dalam kenyataan.
Antara ciri utama aplikasi berkenaan adalah ‘My Cashier’ di mana pemilik perniagaan boleh menerima pembayaran dengan mudah dengan menjana kod QR melalui aplikasi itu.
Ciri ini membolehkan penerimaan pembayaran lebih mudah daripada amaun tetap dan berubah.
Selain itu, ia turut menawarkan ciri pemindahan mudah alih bagi memudahkan urus niaga harian.
Pengguna boleh menyerahkan pembayaran, menjejak transaksi, menerima pemberitahuan pantas dan menguruskan kewangan syarikat ketika dalam perjalanan.
AffinMax 2.0 tampil ciri baharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Perang saudara’ BERSATU, Cytro Peja ‘Takut’ Che’gu Bard
- Anwar Dedahkan Muhyiddin Belanja RM500 Juta Hanya Untuk Promosi & Iklan
- Masa depan politik Muhyiddin dan PPBM Malap , “Bossku” tempat berpaut.
- Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi