Apa Agenda Sebenar MP Perikatan Nasional Menyokong Kerajaan
Apa Agenda Sebenar MP Perikatan Nasional Menyokong Kerajaan
Anwar Ibrahim dikatakan merasa sangat selesa selepas seorang demi seorang ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) menyokong kerajaan.
Tetapi sesuatu yang agak pelik adalah dalam masa yang sama mereka tetap menyatakan kesetiaan mereka kepada Perikatan Nasional.
Alasan klishe yang mereka berikan adalah untuk kebaikan rakyat yang berada di dalam kawasan parlimen mereka.
Tetapi, apakah benar dengan peralihan sokongan itu dapat mengukuhkan kedudukan Anwar sebagai perdana menteri dan Kerajaan Perpaduan?
Apa Agenda Mereka Sebenarnya
Ketua Pemuda UMNO Malaysia menasihatkan Anwar supaya berhati-hati dengan sokongan dari ahli parlimen Perikatan Nasional.
Beliau melihat ikrar sokongan berkenaan sebagai satu kaedah yang terselit agenda tertentu untuk ahli parlimen terbabit beralih sokongan tanpa keluar daripada parti mereka.
“Apabila Akta Anti Lompat Parti dicadang untuk dikuatkuasakan ia bertujuan untuk menghalang katak politik melompat sesuka hati”.
“Bagi saya ia mungkin boleh menamatkan drama politik yang berpanjangan”.
“Wakil rakyat yang dipilih boleh memberi fokus untuk berkhidmat kepada rakyat dan parti yang mereka wakili”.
“Tetapi walaupun akta berkenaan sudah diluluskan, katak-katak ini tetap melompat menggunakan nama yang lain, iaitu menyokong kerajaan tanpa keluar parti”.
“Jadi, nama yang digunakan walaupun berbeza tetapi tujuannya tetap sama”.
“Justeru, saya mohon PMX menilai semula mereka yang melompat ini”.
“Supaya agenda Reformasi Parlimen dapat dilaksanakan dengan baik dan mencapai tujuan yang sebenarnya,” tegas beliau.
Penulis pernah menzahirkan kecurigaan dalam isu tersebut melalui artikel yang bertajuk Benarkah Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anwar Dalam Undi Bajet 2024?
Dari maklumat yang sampai kepada penulis, apa yang dilakukan oleh ahli parlimen Perikatan Nasional lakukan itu adalah untuk menutup satu agenda lain yang telah dirancang.
Penulis juga difahamkan, dalang utama yang terlibat dalam agenda tersebut adalah Dr Mahathir dan Daim Zainuddin.
Sebabnya tidak sukar untuk kita fahami.
Kedua mereka akan mengahadapi hari-hari yang sibuk sebaik sahaja kes-kes mereka dibicarakan di mahkamah pada tahun hadapan.
Jadi, by hook or by crook, Anwar mesti digulingkan segera.
Terpulang kepada Anwar sama ada untuk terus bergembira atau mengambil langkah berjaga-jaga.
Apa Agenda Sebenar MP Perikatan Nasional Menyokong Kerajaan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi
- Anwar Dedahkan Muhyiddin Belanja RM500 Juta Hanya Untuk Promosi & Iklan
- Status MP Bukan Lesen Untuk Fitnah