Hampir 300,000 orang dijangkiti denggi

Hampir 300,000 orang dijangkiti denggi

Hampir 300,000 orang dijangkiti denggi
Foto hiasan AFP

Dhaka: Dalam tempoh kurang 11 bulan tahun ini, demam denggi meragut lebih 1,400 nyawa dan menjangkiti hampir 300,000 orang di Bangladesh.

Berdasarkan rekod terbaharu Direktorat Jenderal Perkhidmatan Kesihatan (DGHS), penularan denggi mencapai tahap membimbangkan tahun ini, dengan sebanyak 283,593 kes dan 1,425 kematian direkodkan setakat 7 Nov, lapor Xinhua.

Menurut angka terbaru yang dilaporkan oleh DGHS di bawah Kementerian Kesihatan, kematian denggi tahun ini termasuk 77 kematian pada November, 359 pada Oktober, 396 pada September, 342 pada Ogos dan 204 pada Julai.



DGHS berkata dari 1 hingga 7 Nov, sebanyak 12,418 kes denggi baharu direkodkan selepas 67,769 orang dilaporkan dijangkiti penyakit bawaan nyamuk itu bulan lepas, kata DGHS.

Negara Asia Selatan itu merekodkan lapan lagi kematian dan 1,895 kes jangkitan denggi dalam tempoh 24 jam hingga 8 pagi waktu tempatan pada Selasa, menurut data DGHS.

Negara itu mengalami peningkatan kes denggi tertinggi pada September, dengan 79,598 kes jangkitan baharu dan 396 kematian dilaporkan.

Sementara itu, China menyediakan bantuan kecemasan anti-denggi kepada Bangladesh pada Selasa.



Terdahulu, kedutaan China telah menyumbang kit-kit denggi kepada Hospital Kolej Perubatan Enam yang berpangkalan di ibu kota Dhaka.

Hampir 300,000 orang dijangkiti denggi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading