Kelab kena bekerja dari sekarang – PFAM
Kelab kena bekerja dari sekarang – PFAM
KUALA LUMPUR – Kelab tempatan tidak boleh berterusan ambil pendekatan mencari alasan dan wajar mengutamakan kepentingan nasional untuk melaksanakan ketetapan yang dibuat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM sebelum ini menetapkan semua pasukan Liga Super 2024 wajib mempunyai skuad muda bagi mengambil bahagian dalam saingan Piala Presiden serta Piala Belia.
Walaupun ketetapan ini bakal meningkatan komitmen kewangan pasukan, Presiden Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali minta pengurusan kelab ‘sediakan payung’ lebih awal bagi mengelak berlaku isu tunggakan gaji.
“Kami alu-alukan keputusan ini dan ia satu platform pembangunan untuk wujudkan lebih banyak peluang kerja kepada pemain belia kita malah saya percaya kita akan ada pelapis untuk gantikan pemain sedia ada.
“Saya faham keadaan ini (beban kewangan) namun buat masa sekarang, apa juga keadaan kita kena memikirkan macam mana mahu bergerak kerana pemain sedia ada juga sudah pun dimamah usia dan kita kena segera bangunkan pemain muda.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD?
- Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?
- Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas
“Pengurusan pasukan kena sediakan dana dan fasiliti pasukan muda untuk kita luaskan lagi pelapis kerana merekalah yang akan corakkan kesinambungan pasukan negara. Jadi pasukan kena sedia daripada sekarang dan bergerak ke depan,” katanya.
Ketika ini, komitmen kelab lebih terarah kepada dua pasukan iaitu pasukan di saingan Liga Super dan skuad kedua yang bermain di Piala MFL.
Safee juga minta setiap pasukan segera menilai semula pelan perniagaan sedia ada dan mahu ia dirangka secara lebih komprehensif sekaligus mampu menarik lebih banyak penaja.
“Kena ada pelan perniagaan untuk merancang sepanjang tahun, bukannya sekadar enam bulan saja. Memang penaja nak tengok manfaat yang mereka boleh dapat, jadi pengurusan pasukan perlu buat sehabis baik untuk beri kepercayaan kepada penaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Kelab kena bekerja dari sekarang – PFAM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Perang saudara’ BERSATU, Cytro Peja ‘Takut’ Che’gu Bard
- Anwar Dedahkan Muhyiddin Belanja RM500 Juta Hanya Untuk Promosi & Iklan
- Masa depan politik Muhyiddin dan PPBM Malap , “Bossku” tempat berpaut.
- Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi