Penganggur didakwa rogol remaja 16 tahun hingga hamil

Oleh – Syeikh Baran


Penganggur didakwa rogol remaja 16 tahun hingga hamil
Gambar Hiasan

Penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merogol kenalan bawah umur hingga hamil, tahun lalu dan awal tahun ini.

Tertuduh, Muhammad Hafiz Mohd Sabhan, 20, membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Nurfarah Syahidah Mohd Noh.



Dia didakwa merogol kenalan berusia 16 tahun di sebuah rumah dekat Jalan Dato Haji Kosai, antara jam 12 tengah malam hingga 2 pagi sejak Disember hingga Januari lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia dakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan juga dihukum dengan sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, mahkamah tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.



Mahkamah kemudian menetapkan 18 April ini untuk sebutan semula kes, serahan dokumen dan juga lantikan peguam.

Sumber – HARIAN METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button