Serangan udara Israel sasar kawasan di selatan Lubnan

Serangan udara Israel sasar kawasan di selatan Lubnan

Serangan udara Israel sasar kawasan di selatan Lubnan
TEMBOK sempadan yang memisahkan Israel dan Lubnan, gambar fail dirakam 7 November 2023. FOTO Reuters

Beirut: Israel melancarkan beberapa siri serangan udara pada Selasa malam ke atas beberapa bandar dan kawasan di selatan Lubnan, lapor Agensi Anadolu, memetik Agensi Berita Nasional Lubnan (NNA).

“Pesawat perang musuh (Israel) melancarkan dua serangan di pinggir bandar Yater dan Kafra di Daerah Bint Jbeil,” kata NNA.Menurut pewarta Anadolu, satu daripada serangan udara di Yater merosakkan sebuah rumah tiga tingkat. Bagaimanapun, tiada maklumat diterima mengenai kemalangan jiwa.

Pesawat Israel juga menyasarkan pinggir bandar Naqoura, Alma al-Shaab dan Jabal al-Labouneh, menurut NNA.



Dataran Marjayoun di Kawasan Pentadbiran Nabatieh dan hutan di bandar Shebaa turut menjadi sasaran serangan, lapor NNA, tanpa mendedahkan maklumat mengenai kemalangan jiwa.

Ketegangan memuncak di sepanjang sempadan antara Israel dan Lubnan berikutan pertempuran antara tentera Israel dan Hizbullah sejak tercetusnya serangan Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober.

Serangan udara Israel sasar kawasan di selatan Lubnan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading