Penganggur dipenjara 4 bulan, denda RM1,000 curi barang hotel
Penganggur dipenjara 4 bulan, denda RM1,000 curi barang hotel
MELAKA: Seorang penganggur dihukum penjara empat bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas kesalahan mencuri pelbagai barang bernilai RM585 milik sebuah hotel empat bintang pada bulan lalu.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu ke atas tertuduh, Ng Jiun Loong, 30, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 3 November lalu, dan sebulan penjara jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat mencuri kotak ‘amenities’, tuala mandi, bakul buluh, bantal, bantal sofa berserta sarung dan gelas kaca yang keseluruhannya bernilai RM585 dari sebuah bilik penginapan hotel itu di sini kira-kira jam 1.30 tengah hari 23 Oktober lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan, boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali kedua hendaklah dihukum dengan pemenjaraan dan denda atau sebat.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
Tertuduh yang tiada diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan atas alasan tidak bekerja, selain sedang menjalani rawatan bagi penyakit autoimun kronik.
Penganggur dipenjara 4 bulan, denda RM1,000 curi barang hotel
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal