UCL: Kad merah punahkan impian Manchester United

UCL: Kad merah punahkan impian Manchester United

UCL: Kad merah punahkan impian Manchester United
RASHFORD dilayangkan kad merah menyebabkan United berdepan kesukaran dan terpaksa akur dengan kekalahan kepada Copenhagen. – AFP

COPENHAGEN – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag menjadikan kad merah Marcus Rashford alasan apabila pasukannya tewas 3-4 kepada FC Copenhagen dalam aksi keempat Kumpulan A Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Ia adalah kekalahan ketiga dicatatkan The Red Devils di pentas Eropah musim ini menyebabkan mereka menghuni kedudukan terakhir kumpulan dan wajib menang dalam dua baki perlawanan bertemu Galatasaray dan Bayern Munich untuk berpeluang layak.

“Kad merah mengubah segala-galanya dan selepas itu kami melepaskan dua gol sebelum rehat separuh masa. Dua gol mereka itu tidak patut disahkan, yang pertama adalah ofsaid, manakala sepakan penalti untuk gol kedua juga boleh dipertikaikan.



“Kad merah itu agak kejam, namun pengadil sudah mengambil masa lama untuk mengesahkannya. Saya begitu kecewa dengan keputusan ini, begitu juga dengan pemain kerana kami sudah pun memulakan perlawanan dengan baik,” katanya.

Terdahulu, United bermula cemerlang apabila Rasmus Hojlund meledak dua gol, namun penilaian Video Bantuan Pengadil (VAR) menyaksikan Rashford dilayangkan kad merah kerana mengasari Elias Jelert.

Kehilangan seorang pemain menyebabkan Copenhagen berjaya mengambil kesempatan selepas menyaksikan mereka kembali menyamakan kedudukan menerusi Mohamed Elyounoussi dan Diogo Goncalves.

Bruno Fernandes kembali letakkan United di depan, namun Copenhagen sekali lagi memperoleh dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Lukas Lerager dan Roony Bardghji. – AGENSI



UCL: Kad merah punahkan impian Manchester United


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button