Bintang TikTok ‘kantoi’ menyamar doktor
Bintang TikTok ‘kantoi’ menyamar doktor
Pretoria: Seorang bintang TikTok ditangkap ketika cuba memasuki Hospital Helen Joseph di Johannesburg di Afrika Selatan, kerana didakwa menipu dengan mengaku sebagai doktor.
‘Dr’ Matthew Lani mempunyai ribuan pengikut di media sosial apabila selalu berkongsi nasihat perubatan dan menjual ubat secara dalam talian.
Pada malam Ahad minggu lalu, Lani cuba memintas pemeriksaan keselamatan hospital dengan menyamar dengan pelindung muka, pelitup muka dan memakai stetoskop.
Namun dia ‘kantoi’ dan cuba melarikan diri daripada ditahan polis dengan melompat keluar dari tingkap bilik mandi, sebelum akhirnya ditangkap.
Jabatan Kesihatan wilayah Gauteng mengeluarkan kenyataan mengatakan Lani kerap menggunakan Hospital Helen Joseph untuk ‘menyusun kandungan mengelirukan di TikTok dengan berpura-pura bahawa dia seorang doktor yang berkelayakan’.
Dia mempunyai hampir 300,000 pengikut di TikTok sebelum akaunnya ditutup. Dia kemudian membuka satu lagi akaun yang mempunyai lebih daripada 50,000 pengikut.Penahanannya berikutan pemburuan yang berlangsung beberapa minggu selepas timbul persoalan mengenai kelayakannya.
Lani berkata, dia menerima ijazah perubatan dari Universiti Witwatersrand di Johannesburg, namun dinafikan pihak universiti itu.
Jabatan Pendidikan berkata Lani tidak memiliki sijil berhenti sekolah.
Dia didakwa cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengatakan nama sebenarnya ialah Dr Sanele Zingelwa, pelatih perubatan tahun kedua di Hospital Tertiari Wilayah Tembisa.
Dr Zingelwe yang sebenar membuka kes jenayah terhadap Lani, dan menuduh bintang TikTok melakukan penipuan.
Kes Lani adalah terbaru suspek yang ditahan atas tuduhan menyamar sebagai doktor di Afrika Selatan.
Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat kira-kira 124 tangkapan sedemikian sejak tiga tahun lalu.
Bintang TikTok ‘kantoi’ menyamar doktor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal