Karya Picasso dijual pada harga RM657 juta
Karya Picasso dijual pada harga RM657 juta
New York: Salah satu karya Pablo Picasso, Woman with a Watch (Wanita dengan Jam Tangan) dijual dalam lelongan dengan harga AS$139.3 juta (kira-kira RM657.7 juta) oleh Sotheby’s di New York, harga kedua tertinggi yang pernah dicapai untuk artis itu.
Karya agung dikenali dalam bahasa Perancis sebagai ‘Femme a la Montre’ yang bermaksud ‘Woman with a Watch’ itu menggambarkan Marie-Therese Walter, seorang model Perancis yang juga kekasih Picasso dari 1927 hingga 1935, dan ibu kepada anak perempuan mereka, Maya Widmaier-Picasso yang meninggal dunia tahun lalu.
Hubungan mereka bermula ketika model itu berumur 17 tahun dan Picasso berusia 45 tahun serta sudah berkahwin dengan isteri pertamanya, Olga Khokhlova iaitu penari balet Rusia-Ukraine.
Walter juga tampil dalam Femme assise pres d’une fenetre (Marie-Therese) atau Woman Sitting Near a Window yang dijual pada 2021 dengan harga AS$103.4 juta (kira-kira RM488.2 juta).
Lelongan pada malam Rabu lalu adalah sebahagian daripada jualan istimewa minggu ini untuk koleksi penaung seni New York, Emily Fisher Landau, yang meninggal dunia tahun ini pada usia 102 tahun.
Julian Dawes, ketua seni impresionis dan moden Sotheby’s, menggelar kanvas Picasso yang digantung di ruang tamu Landau adalah ‘sebuah karya agung dalam setiap sudut ukuran.’
“Dilukis pada 1932 oleh Picasso, ia penuh dengan kegembiraan, ghairah ditinggalkan namun pada masa yang sama ia dipertimbangkan dan diselesaikan sepenuhnya,” katanya.
Satu lagi karya Picasso dihasilkan pada 1932, sebelum ini dijual dengan harga AS$106 juta (kira-kira RM500.5 juta) pada tahun 2010.
Rekod jualan tertinggi karya Picasso ialah The Women of Algiers (Version O) sebuah lukisan minyak 1955 yang dijual pada harga AS$179.4 juta (kira-kira RM847 juta) dalam lelongan di di Christie’s New York pada 2015.
Karya Picasso dijual pada harga RM657 juta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :