EPL: Manchester United bergelut tewaskan Luton
EPL: Manchester United bergelut tewaskan Luton
MANCHESTER – Pasukan Manchester United kembali berada di landasan kemenangan selepas menang tipis 1-0 ke atas pendatang baharu, Luton Town pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebentar tadi.
Pada aksi di Stadium Old Trafford itu, pengendali United, Erik ten Hag membariskan kesebelasan terbaik dengan Marcus Rashford, Rasmus Hojlund dan Bruno Fernandes memimpin jentera serangan.
Hojlund dilihat hampir pasti menjaringkan gol pertama dalam kancah EPL tetapi percubaan tepat yang dilakukan pada minit ke-10 berjaya ditepis penjaga gol lawan, Thomas Kaminski.
Pasukan pelawat juga memiliki peluang keemasan pada minit ke-36 hasil percubaan penyerang utama Carlton Morris tetapi kini giliran penjaga gol The Red Devils, Andre Onana menyelamatkan gawang daripada dibolosi.
Bersambung pada babak kedua, United akhirnya berjaya meraih gol yang dicari hasil sepakan penjuru yang berjaya disudahkan oleh pemain pertahanan, Victor Lindelof pada minit ke-56.
Luton yang dikendalikan oleh Rob Edwards berusaha untuk mencari gol penyamaan tetapi keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.
Kemenangan tersebut menyaksikan United mengubat duka selepas tewas 3-4 kepada Copenhagen dalam Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Khamis lepas.
Sementara itu, dalam satu lagi aksi EPL malam tadi, pasukan Tottenham Hotspur tewas mengejut 1-2 kepada Wolverhampton Wanderers di tempat lawan.
Pasukan Arsenal pula meraih kemenangan 3-1 ke atas Burnley manakala Everton bangkit menewaskan Crystal Palace 3-2. – KOSMO! ONLINE
EPL: Manchester United bergelut tewaskan Luton
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia