Mampukah PPBM Bertahan Sehingga PRU 16?

Mampukah PPBM Bertahan Sehingga PRU 16

Mampukah PPBM Bertahan Sehingga PRU 16?

Keadaan parti PPBM semakin kritikal dan kepimpinan Muhyiddin di dalam PPBM semakin dipersoalkan.

Bukan setakat itu sahaja, Muhyiddin dan PPBM dilihat semakin tidak dihormati di dalam Perikatan Nasional, terutamanya oleh parti PAS.

PAS dilihat semakin bermaharajalela dalam mengambil beberapa keputusan tanpa menghiraukan sama ada ianya dipersetujui oleh Pengerusi Perikatan Nasional tersebut.



Lebih mengejutkan ramai dalam kalangan ahli PPBM tidak lagi mempunyai keyakinan parti itu mampu bertahan sehingga PRU16.

Seorang pemimpin kanan PPBM, mendakwa situasi itu berlaku susulan siasatan dan pendakwaan terhadap beberapa pemimpin parti yang dikaitkan dengan kes AMLA Jana Wibawa.

“Mereka tak yakin PPBM akan mampu bangkit daripada kesan pertuduhan sebesar kes Jana Wibawa”.

“Malah mungkin PPBM tidak akan mampu bertahan sehingga PRU 16”.



“Semuanya bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh pihak yang memujuk untuk meyakinkan mereka supaya menyokong kerajaan”.

“Tindakan menyokong Kerajaan Perpaduan bukan sahaja akan membabitkan dalam kalangan ahli parlimen”.

“Sebaliknya, ianya juga ada di kalangan ADUN”.

“Ketua-ketua bahagian dan yang memegang jawatan dalam sayap juga sedang menunggu masa untuk menyatakan sokongan terhadap kerajaan”.



“Kebanyakan ahli dan segelintir pemimpin PPBM sudah mula mengatur langkah untuk menyokong kerajaan”.

“Ada maklumat kata jumlah ahli parlimen PPBMyang akan menyokong kerajaan seramai 11 orang”.

“Tetapi saya yakin hanya sembilan dengan empat sudah mengumumkannya, tinggal lagi lima,” katanya.

Penulis juga difahamkan, keretakan dalaman PPBM bukan sahaja berlaku di peringkat akar umbi.



Malah, di peringkat pusat, keretakan berlaku dengan lebih parah.

Perebutan jawatan presiden antara Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin kini sudah menjadi rahsia umum.

Malah cabaran Azmin juga dikatakan tidak boleh dipandang remeh memandangkan cengkaman geng kartel di dalam PPBM semakin mengukuh.

Dengan keretakan di peringkat pusat dan hilang keyakinan ahli di akar umbi, mampukah PPBM bertahan sehingga PRU 16?



Atau adakah PPBM kini sudah pasrah untuk dipindahkan ke Muzium Politik negara?

 

Mampukah PPBM Bertahan Sehingga PRU 16?

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button