MotoGP: Marini calon Honda ganti Marquez

MotoGP: Marini calon Honda ganti Marquez

MotoGP: Marini calon Honda ganti Marquez
MARINI dilaporkan menjadi pilihan Honda untuk menggantikan Marquez musim depan. – AFP

SEPANG – Pasukan Repsol Honda dikatakan telah menemui pengganti selepas Marc Marquez meninggalkan mereka pada penghujung musim ini dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Pelumba VR46, Luca Marini dikatakan bersedia menyertai Repsol Honda selepas Grand Prix (GP) Valencia apabila beberapa pertemuan serta perbincangan telahpun dibuat.

Pengarah pasukan Mooney VR46, Uccio Salucci berkata, dia percaya bahawa Marini serius untuk mempertimbangkan menyertai pasukan Repsol Honda.



“Apa yang boleh saya katakan ialah kedua-dua pihak bersetuju. Luca Marini akan pergi ke Repsol.

“Kami berharap keputusan rasmi akan dibuat tidak lama lagi, kerana kami perlu bersedia untuk ujian di Valencia nanti,” kata Salucci.

Ketika ini, ketua pasukan Honda, Alberto Puig mengakui terdapat tiga calon yang berpotensi untuk mengisi pasukan utama Honda bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan juara dunia lapan kali, Marquez.

Fabio Di Giannantonio, Pol Espargaro dan Marini antara yang dikatakan telah dihubungi Honda.



Bagaimanapun, Espargaro mengakui ada melakukan perbincangan dengan Puig namun memutuskan untuk kekal menjadi pelumba uji bersama pasukan KTM musim depan.

 

MotoGP: Marini calon Honda ganti Marquez


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button