Remaja kejam cuba bakar rakan sebelum tembak

Remaja kejam cuba bakar rakan sebelum tembak

Remaja kejam cuba bakar rakan sebelum tembak
MATEJA Zigri didakwa menembak mati rakan sekelas menggunakan pistol milik datuknya. FOTO Agensi

Berlin: Remaja lelaki Jerman berusia 15 tahun yang didakwa menembak kepala rakan sekelasnya berbohong kepada ibu bapanya kononnya sakit untuk ponteng sekolah sebelum mencuri pistol datuknya.

Mirror UK melaporkan, Mateja Zigri memberitahu ibunya dia tidak larat ke sekolah kerana sakit pada Khamis iaitu 9 November lalu.

Ibunya yang berusia 42 tahun kemudian pergi bekerja, meninggalkan anaknya bebas mencari kunci kabinet lama datuknya, di kampung halaman mereka di Offenburg, Baden-Württemberg.



Menurut polis, Zigri menemui pistol Beretta M9 separa automatik di dalam kabinet dan membawanya ke sekolah keperluan khas Waldback di Vogesen Street dengan niat untuk mencederakan rakan sekelasnya yang lain.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali Pawlos dilaporkan berusia 15 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia




Pada mulanya, Zigri menyimbah Pawlos dengan cecair mudah terbakar dipercayai minyak tanah dan cuba membakarnya dengan pemetik api.

Apabila pemetik api tidak berfungsi, Zigri menembak Pawlos dua kali di kepala.

Menurut polis, mangsa meninggal dunia beberapa jam kemudian di hospital.

Susulan itu, Zigri ditahan dan berjaya meyakinkan remaja berkenaan untuk meletakkan senjata itu.



Dia berada dalam tahanan dan ibu bapanya akan membuat lawatan pertama mereka pada 22 November.

Siasatan kini dibuka ke atas ibu bapa Zigri selepas mereka meninggalkannya di rumah sendirian dengan pistol di rumah mereka.

“Sudah tentu, kami terbabit sekarang kerana senjata itu datang dari rumah kami.

“Tetapi ia dikunci dengan betul. Kami kini dianggap sebagai keluarga pembunuh. Polis datang untuk menggeledah rumah dua kali.



“Saya juga ditanya dari mana anak saya mendapat cecair mudah terbakar itu. Selain daripada tangki minyak di ruang bawah tanah, saya hanya mempunyai minyak tanah. Itu sudah dibawa pergi,” katanya.

Remaja kejam cuba bakar rakan sebelum tembak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button