Bekas pemandu bas hidap strok didakwa cabul anak teman wanita
Bekas pemandu bas hidap strok didakwa cabul anak teman wanita
MUAR: Seorang bekas pemandu bas ekspres yang menghidap strok ringan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual dan kelucahan melampau terhadap anak teman wanitanya, sejak enam tahun lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, kedua dan keempat, lelaki berusia 56 itu yang didakwa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat, dituduh melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia lapan tahun di sebuah rumah di Parit Jawa, di sini, pada Disember 2019 dan 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) dan 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.
Bekas pemandu itu juga menghadapi pertuduhan ketiga, didakwa memaksa mangsa melakukan seks oral sejak Mei hingga 2017 di tempat yang sama dan dituduh mengikut Seksyen 377C yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.
Lelaki berkenaan bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua empat tuduhan yang dikenakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikap Pemimpin Liga Arab – Islam Mengecewakan Dunia Islam
- Berdepan Tindakan Undang Undang, Siti Mastura Cuba Alih Tiang Gol
Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir, tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh berikutan kesalahan sangat serius melibatkan kanak-kanak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Abu Bakar kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan kes, serahan dokumen dan lantikan peguam, manakala tertuduh dihantar ke Penjara Sungai Udang sementara menunggu tarikh berkenaan.
Bekas pemandu bas hidap strok didakwa cabul anak teman wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Berkesankah Boikot Produk Israel Ke Atas Negara Zionis Tersebut?
- Najib Tidak Beri Kerjasama Dalam Soal Siasat Kes 1MDB?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang