Di Manakah Asas Pendakwaan Ke Atas Najib Dalam Kes 1MDB?

Di Manakah Asas Pendakwaan Ke Atas Najib Dalam Kes 1MDB

Di Manakah Asas Pendakwaan Ke Atas Najib Dalam Kes 1MDB?

Saksi ke-48 pendakwaan dalam perbicaraan kes 1MDB, Foo Wei Min, memberitahu mahkamah, ketika disoal siasat, DS Najib tidak memberikan kerjasama.

Menurut Foo, DS Najib hanya berkata akan jawab di mahkamah ketika disoal berhubung 5 transaksi membabitkan wang berjumlah RM2.27 bilion.

Soal siasat dilakukan Foo berkaitan kesalahan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dana 1MDB.



Untuk rekod, Foo menyoal siasat DS Najib pada 3 Oktober 2018 dan kes yang sedang disiasat oleh Foo telah dibawa ke mahkamah pada 20 September 2018.

Sekiranya kita perhatikan betul-betul, kita akan dapat melihat ada sesuatu yang sangat ganjil berhubung perjalanan kes tersebut.

Mengikut SOP pengurusan kes, pihak berkuasa, sama ada PDRM atau SPRM terlebih dahulu melakukan siasatan ke atas Orang Kena Tuduh atau OKT.

Sebaik sahaja aduan diterima, pegawai penyiasat akan membuka kertas siasatan (IP).



Pegawai penyiasat juga akan menentukan di bawah akta apa siasatan akan dilakukan.

Selepas itu pegawai penyiasat akan memanggil OKT untuk diambil keterangan.

Dan sekiranya perlu, beberapa orang saksi juga akan dipanggil untuk diambil keterangan dan bukti yang perlu akan dikumpulkan.

Sekiranya pegawai penyiasat berpuas hati ada asas yang kukuh untuk pendakwaan, maka kertas pertuduhan (PP) akan dibuat.



Kertas pertuduhan yang sudah lengkap akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk dinilai dan disemak, terutamanya dari sudut teknikal.

Sekiranya AGC berpuas hati dan yakin ada kekuatan kes, baharulah kes akan dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

Tetapi berbeza dengan kes 1MDB yang dikaitkan dengan DS Najib.

Pendakwaan dilakukan pada 20 September dan selepas 13 hari didakwa, barulah siasatan mula dilakukan.



Persoalan dari sudut SOP, pendakwaan yang dilakukan oleh AGC berdasarkan kepada apa?

Sudah pasti pada hari sebutan kes di mahkamah, tidak ada (PP) dari PDRM kerana (IP) juga belum dibuka oleh PDRM.

Atau adakah dalam kes tersebut, pihak AGC telah menyiasat sendiri dan mengenepikan peranan PDRM?

Bolehkah ianya dilakukan sebegitu?



 

Di Manakah Asas Pendakwaan Ke Atas Najib Dalam Kes 1MDB?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button