17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib

Mahkamah Majistret Petaling Jaya membebaskan 17 orang dari pertuduhan rusuhan di kuil Sri Mariamman pada tahun 2018.

Tertuduh tersebut adalah:



  1. Akmal Izzat Azi
  2. Norul Ismawi Islahuddin
  3. Hasneezam Shah Samsudin
  4. Saifullah Abdullah
  5. Riduan Sekh Ruslan
  6. Irwan Noordin
  7. Khairi Abdul Rashid
  8. Rozaihan Zakaria
  9. Qayyum Faisal
  10. Ashraf Faizal
  11. Absal Eastrie Abdullah
  12. Jalil Talib
  13. Khairol Anuar Zabidi
  14. Zamri Said
  15. Shukri Razali
  16. Nor Azmi Abdul Ghani
  17. Shahril Danniel Sajeel.

Kesemua mereka sebelum ini dituduh bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan memiliki senjata berbahaya.

Kumpulan itu dipercayai telah diupah oleh peguam yang bekerja untuk pemaju yang memiliki tanah di situ.

Majistret Iskandar Zainol berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap insiden itu.

Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal mengenal pasti identiti tertuduh kerana kejadian berlaku pada awal pagi.



Pihak mahkamah juga mendapati tiada pengenalan positif oleh saksi.

Selain keterangan mereka semasa perbicaraan peringkat pendakwaan juga tidak tidak dapat dipercayai dan tidak konsisten.

Majistret mendapati tiada senjata diserahkan kepada mahkamah sebagai bukti seperti disebut dalam pertuduhan.

Tiada laporan forensik terhadap senjata yang diserahkan kepada mahkamah dan tiada pengecaman tertuduh untuk siasatan polis.



17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib

Untuk rekod, pertuduhan ke atas mereka adalah atas rusuhan pertama yang berlaku di kuil Sri Mariamman.

Ianya tiada kaitan dengan kematian Allahyarham Adib, seorang anggota pasukan Bomba & Penyelamat yang terkorban.

Hanya selepas penduduk setempat bertindak balas atas rusuhan pertama itu, pasukan Bomba & Penyelamat dipanggil apabila keadaan menjadi tidak terkawal.



Allahyarham Adib terkorban dalam rusuhan kedua yang berlaku selepas kejadian rusuhan yang pertama.

Penulis terpanggil untuk memberikan penjelasan kerana tidak mahu isu ini dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Sama-sama kita berdoa semuga roh Allahyarham Adib ditempatkan bersama roh orang yang soleh di sisi Allah SWT.

 



17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button