Menteri Israel cadang penempatan semula penduduk di luar Gaza
Menteri Israel cadang penempatan semula penduduk di luar Gaza
Baitulmaqdis: Seorang menteri Israel pada Ahad berkata, masyarakat antarabangsa tidak seharusnya membiayai pembinaan semula Semenanjung Gaza yang musnah akibat peperangan dan sebaliknya menggalakkan ‘penempatan semula secara sukarela’ penduduk Palestin dari wilayah di seluruh dunia.
Sebarang cadangan penyebaran Palestin adalah sangat kontroversi di dunia Arab kerana perang yang membawa kepada ‘penciptaan’ Israel pada 75 tahun yang lalu menimbulkan penghijrahan atau pemindahan paksa 760,000 penduduk Palestin, satu peristiwa dikenali sebagai Nakba atau ‘malapetaka’.
Kementerian perumahan yang dikendalikan Hamas di Gaza berkata, lebih 40 peratus rumah rosak atau musnah dalam beberapa minggu pertempuran antara pejuang Hamas yang berpangkalan di Gaza dan tentera Israel.
Menteri Perisikan Israel, Gila Gamliel berkata, satu ‘pilihan’ selepas perang adalah ‘untuk mempromosikan penempatan semula secara sukarela rakyat Palestin di Gaza, atas sebab kemanusiaan, di luar Semenanjung Gaza’.
Menulis dalam The Jerusalem Post, dia berkata, “daripada menyalurkan wang untuk membina semula Gaza atau agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin (Unrwa) yang gagal, masyarakat antarabangsa boleh membantu dalam kos penempatan semula, membantu penduduk Gaza membina kehidupan baharu di negara tuan rumah mereka yang baharu”.
“Gaza lama dianggap sebagai masalah tanpa jawapan. Kami mesti mencuba sesuatu yang baharu, dan kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk membantu merealisasikannya.
“Ia boleh menjadi penyelesaian menang-menang: kemenangan bagi orang awam Gaza yang mencari kehidupan yang lebih baik dan kemenangan untuk Israel selepas tragedi yang dahsyat ini,” tulis Gamliel.
Perang Israel-Hamas sudah memasuki minggu ketujuh selepas serangan Hamas pada 7 Oktober yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas rejim zionis menyebabkan Israel melaksanakan serangan pelbagai sudut dari udara dan termasuk serangan darat di Gaza.
Semenanjung Gaza kebanyakannya dihuni oleh pelarian Palestin dan keturunan mereka. UNRWA berkata lebih 1.6 juta telah kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran semasa.
Pergerakan besar-besaran ini telah mengimbau ingatan tentang Nakba, dan beberapa ahli politik Israel telah mencadangkan untuk menolak penduduk Palestin ke negara jiran Mesir, idea yang ditolak oleh Kaherah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajah Plastik Kepimpinan PAS Dalam Perjuangan
- Di Manakah Asas Pendakwaan Ke Atas Najib Dalam Kes 1MDB?
- Video mirip Agus, apa kaitan gajus dan Wahab?
Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken telah berkata bahawa “orang harus dapat tinggal di Gaza, rumah mereka.”
Presiden Palestin Mahmud Abbas memberi amaran kepada Blinken bahawa menghalau penduduk Gaza akan menjadi “Nakba kedua”.
Perjanjian Oslo 1993 bertujuan untuk membawa kepada sebuah negara Palestin yang merdeka tetapi rundingan damai Israel-Palestin telah terhenti sejak 2014.
Presiden AS Joe Biden berkata, dalam satu pendapat yang diterbitkan Sabtu, bahawa Gaza dan Tebing Barat, yang diduduki Israel, harus “disatukan” di bawah Pihak Berkuasa Palestin yang baharu.
Menteri Israel cadang penempatan semula penduduk di luar Gaza
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Analogi Mudah Dan Persoalan Asas Hubungan A&W
- Dr Samsuri Bakal Menjadi Menteri Pusat Sekiranya Menang PRK Kemaman?
- “Cabut sat nak kentut”, Netizen bandingkan video Haziq dan Wahab ‘Gajus’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :