Tentera Israel terus bedil kem pelarian Jabalia
Tentera Israel terus bedil kem pelarian Jabalia
Gaza: Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan udara rejim zionis Israel ke atas sebuah bangunan di Jabalia, kem pelarian terbesar di utara Gaza.
The National melaporkan Israel meneruskan pengeboman ke atas Semenanjung Gaza, pada Ahad, ketika pejuang Hamas bertempur dengan tentera Israel yang cuba mara ke kem pelarian itu.
Saksi melaporkan berlaku pertempuran hebat antara Hamas apabila tentera Israel cuba mara ke Jabalia, kem dengan populasi kira-kira 100,000 orang.
Pakar perubatan Palestin berkata, berpuluh-puluh orang awam terbunuh dalam pengeboman Israel di Jabalia iaitu sebuah daerah miskin dan sesak yang muncul dari kem pelarian Palestin berikutan perang Israel-Arab 1948.
Israel mendakwa, serangan itu membunuh ramai ‘militan’ di kawasan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hakikat Al Quran Mengenai Bangsa Yahudi & Nasib Palestin
- Selepas MP PPBM, Kini MP PAS Pula Sokong PMX
- Video ‘Wahab & Gajus’, siapa ‘Mr H’?
Shafee Abdullah layak diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam
Tentera Israel pada Ahad menggesa penduduk beberapa kawasan kejiranan Jabalia untuk berpindah ke selatan Gaza dengan amaran ‘untuk memelihara keselamatan anda’ dan bahawa ia akan menghentikan tindakan ketenteraan dari 10 pagi hingga 2 petang.
Selepas tempoh penetapan ‘jeda’ itu tamat, Israel melaksanakan serangan udara ke atas sebuah bangunan menyebabkan 11 rakyat Palestin di Jabalia terbunuh, kata Kementerian Kesihatan kawasan itu.
Ia berlaku sehari selepas agensi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mula memindahkan pesakit dari Hospital Al-Shifa di Gaza, selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan amaran bahawa kompleks perubatan terbesar di wilayah Gaza itu kini menjadi ‘zon kematian’.
Jabalia sudah beberapa kali dihentam dengan serangan udara besar-besaran Israel termasuk satu serangan pada Jumaat, yang membunuh sekurang-kurangnya 50 orang yang berlindung di sekolah yang dikendalikan PBB.
Sekurang-kurangnya 13,000 rakyat Palestin terkorban, sementara 30,000 mangsa lain pula dilaporkan cedera susulan zionis Israel melancarkan serangan ke atas Gaza dalam konflik kemanusiaan terburuk yang sudah berlanjutan selama 45 hari.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajah Plastik Kepimpinan PAS Dalam Perjuangan
- Di Manakah Asas Pendakwaan Ke Atas Najib Dalam Kes 1MDB?
- Video mirip Agus, apa kaitan gajus dan Wahab?
Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka
Kementerian Kesihatan di Gaza pada minggu lalu berkata, mustahil untuk mengira kematian kerana semua hospital tidak beroperasi, dengan banyak daripadanya sama ada dibom atau terperangkap dalam pertempuran semasa serangan darat Israel.
Tentera Israel juga menyasarkan kompleks Hospital Al-Shifa, dengan mendakwa ia adalah pusat arahan untuk Hamas.
Kementerian Kesihatan Gaza juga berkata, 30 bayi pramatang dipindahkan dari kompleks Hospital Al-Shifa dan sedang dalam perjalanan ke hospital di Mesir.
Serangan ke atas hospital itu menyebabkan kebimbangan bahawa krisis kemanusiaan Gaza akan menjadi lebih teruk, kerana pesakit terpaksa dipindahkan ke hospital lain yang sudah sesak.
Tentera Israel terus bedil kem pelarian Jabalia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Analogi Mudah Dan Persoalan Asas Hubungan A&W
- Dr Samsuri Bakal Menjadi Menteri Pusat Sekiranya Menang PRK Kemaman?
- “Cabut sat nak kentut”, Netizen bandingkan video Haziq dan Wahab ‘Gajus’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :