Ditikam remaja berketayap: Pemandu e-hailing masih terkejut, enggan jumpa sesiapa
Ditikam remaja berketayap: Pemandu e-hailing masih terkejut, enggan jumpa sesiapa
SUNGAI PETANI: Pemandu e-hailing yang ditikam menggunakan pisau oleh remaja berketayap dalam kenderaan dipandunya masih terkejut dan enggan menemui sesiapa susulan kejadian yang turut tular di media sosial itu.
Perkara itu dimaklumkan anak pemandu e-hailing berusia 65 tahun itu ketika dihubungi semalam.
Ditanya sama ada mangsa trauma dengan kejadian berkenaan, katanya, bapanya itu okay, tetapi mahu berehat dan enggan berjumpa sesiapa.
Dia juga bersyukur kerana bapanya tidak cedera dalam kejadian berkenaan.
“Buat masa sekarang bapa saya hendak rehat dulu dan tidak mahu berjumpa sesiapa….dia serahkan kepada pihak polis (untuk menyiasat) berhubung kejadian semalam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Ulangi Drama Mahathir Di PAU 2002, Hamzah Main Watak Hero
- Zahid Selamat Jalani Pembedah
- Dana Aman Palestin Di Guna Untuk Membeli Aset Syarikat Proksi
“Bapa saya pun ok saja dan dia bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya yang enggan namanya didedahkan.
Dalam kejadian semalam, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bertindak di luar kawalan apabila menikam pisau pada dada kiri pemandu e-hailing di tepi jalan Taman Keladi, dekat sini.
Ketika kejadian kira-kira jam 5.43 petang itu, mangsa sempat merampas pisau serta menggigit tangan remaja terbabit untuk mempertahankan diri, sebelum suspek melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan remaja lelaki itu ditahan jam 10 malam tadi susulan laporan polis dibuat mangsa dan kini direman sehari untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, anak mangsa ketika ditanya sama ada bapanya masih berhasrat meneruskan kerja sebagai pemandu e-hailing, berkata setakat ini dia tidak tahu sama bapanya akan meneruskan kerjaya itu atau tidak.
Ditikam remaja berketayap: Pemandu e-hailing masih terkejut, enggan jumpa sesiapa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 4 Ahli Parlimen Yang Menyokong Anwar Membuka Ruang Untuk PN Lepaskan Peluru Terakhir
- Perlukah Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Siasat Punca Kehilangan Sokongan Penjawat Awam
- Muhyiddin U-Turn, Hamzah Berputih Mata
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :