Program subsidi RON95 bakal dilancar tahun depan

Program subsidi RON95 bakal dilancar tahun depan

Program subsidi RON95 bakal dilancar tahun depan
Melalui program subsidi yang akan dilancarkan tahun depan memberi peluang kepada kumpulan sasarannya bakal menikmati penjimatan dalam pembelian petrol. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bakal melancarkan program subsidi petrol RON95 pada separuh kedua tahun 2024 sebagai usaha untuk menyalurkan sumber negara kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, memasuki tahun depan, kerajaan akan menukar gear daripada penyusunan dasar kepada pelaksanaan dasar dan penubuhan Pangkalan Data Utama (Padu) pada Januari ini bertujuan untuk memberikan akses kepada data yang diperlukan untuk melaksanakan program sasaran seperti rasionalisasi subsidi dan reformasi kebajikan sosial.

“Mengenepikan isu pertindihan akan membolehkan kerajaan mengambil langkah yang lebih tegas berbanding pentadbiran terdahulu, sebuah negara yang mana golongan T20 menerima 53 peratus daripada subsidi bahan api bukanlah model yang mampan serta saksama.



“Sehubungan itu, kerajaan akan melancarkan program subsidi RON95 pada separuh kedua 2024, sambil kami berusaha untuk mengoptimumkan penggunaan sumber kepada mereka yang paling memerlukannya,” katanya ketika berucap pada Persidangan Unjuran Ekonomi Kebangsaan anjuran Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) di sini. -KOSMO! ONLINE

Program subsidi RON95 bakal dilancar tahun depan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button