Yang Mana Satu Betul, Kenyataan Hadi Atau Sanusi?
Yang Mana Satu Betul, Kenyataan Hadi Atau Sanusi?
Pada 23 November lepas, presiden PAS, Hadi Awang, berkata Perikatan Nasional masih berusaha memujuk pemimpin UMNO untuk bergabung dengan mereka.
Beliau berkata, pencalonan Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri, di PRK Kemaman adalah persediaan untuk PN mengambil alih pentadbiran kerajaan.
“PRK bukan untuk Kemaman sahaja, besar untuk Malaysia seluruhnya. Ini untuk menambah, pertahankan kerusi Melayu, PN yang ada”.
“Kita sedang memujuk lagi UMNO”.
“Kerana UMNO bukan semua sokong PH”.
“Sedang pujuk lagi pihak lain untuk bergabung”.
“Oleh kerana kita nak ambil langkah jauh lagi, kerajaan pusat”.
“Sebab itu bila kerana kosong Kemaman kita ambil dia, nak teguhkan kedudukan kita di kerajaan pusat”.
“Maka kemenangan Kemaman sangat penting untuk ambil alih kuasa pemerintahan orang Islam”.
“Kita ambil calon berwibawa boleh mewakili kita dalam kerajaan negeri dan kerajaan pusat kalau dapat ambil alih,” katanya dalam ceramah perdana di Dewan Sivik Kijal, Kemaman.
Dapat difahami dari apa yang dikatakan Hadi, PAS masih lagi meneruskan usaha untuk memikat katak politik dari UMNO.
Tetapi sehari selepas itu, Pengarah Pilihanraya PAS, Sanusi Mohd Nor, mengeluarkan kenyataan yang berbeza.
Menurut Sanusi, PN tidak terdesak tidak terdesak untuk tarik sokongan wakil rakyat dari UMNO.
“Kita tak terdesak tapi politik biasalah kita (ikut) proses politik yang dibenarkan oleh undang undang kita akan buat”.
“Tapi saya rasa faktor yang lebih besar ialah faktor penolakan dari dalam PH untuk mereka keluar menyertai PN”.
“Kita tak ada offer, kita tak ada duit, tak ada apa, lepas tu depa offer peruntukan RM4, RM5 juta kan macam-macam depa offer,” katanya selepas merasmikan Karnival 10 tahun Masjid Andalusia.
Ternyata kenyataan dari Sanusi kontradik dengan kenyataan yang dibuat oleh Hadi.
Persoalannya, yang mana satu betul?
Kenyataan Hadi Awang atau kenyataan Sanusi Mhod. Nor.
Atau kedua-dua mereka sebenarnya tidak tahu apa yang mereka ucapkan.
Yang Mana Satu Betul, Kenyataan Hadi Atau Sanusi?
Di Syorkan Untuk Anda:
- 4 Ahli Parlimen Yang Menyokong Anwar Membuka Ruang Untuk PN Lepaskan Peluru Terakhir
- Perlukah Kerajaan Tubuhkan Jawatankuasa Siasat Punca Kehilangan Sokongan Penjawat Awam
- Muhyiddin U-Turn, Hamzah Berputih Mata
- Dunia Berdepan Malapetaka Besar
- Dana Aman Palestin Di Guna Untuk Membeli Aset Syarikat Proksi