Indonesia mulakan kempen pemilihan presiden baharu

Indonesia mulakan kempen pemilihan presiden baharu

Indonesia mulakan kempen pemilihan presiden baharu
Gelagat penyokong calon presiden, Anies Baswedan dan calon naib presiden, Muhaimin Iskandar. – FOTO AFP

Jakarta: Indonesia memulakan kempen presiden 2024 pada Selasa yang menyaksikan tiga calon bakal bersaing, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Penyandang presiden, Joko Widodo (Jokowi) tidak bertanding semula setelah tempoh perkhidmatan dua penggalnya berakhir.

Penggantinya dijangka berhadapan cabaran untuk memulihkan ekonomi selepas pandemik Covid-19, menangani rasuah dan mengimbangi hubungan dengan China dan Amerika Syarikat.



Tiga calon untuk pemilihan presiden pada 14 Februari nanti terdiri daripada bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto; bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dan bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan.

Subianto, 72, bertanding jawatan presiden buat kali ketiga selepas tewas kepada Jokowi pada 2014 dan 2019.

Menurut tinjauan pendapat baharu oleh Indikator Politik Indonesia, Subianto berjaya meningkatkan kedudukannya berbanding pesaing terdekat selepas memilih Gibran Rakabuming, anak lelaki sulung Jokowi sebagai pasangannya.

Tinjauan yang dijalankan dari 27 Oktober hingga 1 November menunjukkan Subianto memperoleh 40.6 peratus sokongan, diikuti Pranowo 27.8 peratus dan Baswedan 23.7 peratus.



Tempoh kempen akan berlangsung sehingga 10 Februari dan tarikh mengundi ditetapkan pada 14 Februari.

Jika tiada pasangan calon yang memenangi lebih 50 peratus undi dengan sekurang-kurangnya 20 peratus undi daripada lebih separuh wilayah, pusingan kedua akan diadakan pada 26 Jun antara dua calon teratas.

Presiden dan naib presiden yang baru dipilih akan mengangkat sumpah pada 20 Oktober bersama ahli Dewan Perwakilan Rakyat. Indonesia mempunyai kira-kira 205 juta pengundi.

Indonesia mulakan kempen pemilihan presiden baharu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker