Kes pertama selesema babi pada manusia di UK, dengan varian H1N2

Kes pertama selesema babi pada manusia di UK, dengan varian H1N2

Kes pertama selesema babi pada manusia di UK, dengan varian H1N2
PAPAN tanda di Lapangan Terbang Melbourne menunjukkan larangan membawa masuk produk daging babi ke negara itu. FOTO AFP

London: Pegawai kesihatan awam United Kingdom (UK) pada Isnin mengesahkan kes pertama selesema babi pada manusia, yang variannya sama seperti penyakit serupa yang menjangkiti babi.

Varian virus H1N2 itu disahkan pada individu berkenaan selepas mereka mengalami gejala pernafasan dan ia disahkan doktor.

Agensi Keselamatan Kesihatan UK memaklumkan, ia tidak pernah dikesan sebelum ini pada manusia di negara itu



“Ini adalah kali pertama kami mengesan virus ini pada manusia di UK.

“Kami sedang berusaha dengan pantas untuk mengesan kontak rapat dan mengurangkan sebarang potensi penyebaran.

“Individu terbabit mengalami penyakit ringan dan pulih sepenuhnya,” kata pengarah insiden agensi itu, Meera Chand.

Punca jangkitan pada manusia itu, bagaimanapun, tidak dapat ditentukan dan sedang disiasat.



Kes pertama selesema babi pada manusia di UK, dengan varian H1N2

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading