Lembu ‘wagyu’ terjual hampir RM1 juta

Lembu ‘wagyu’ terjual hampir RM1 juta

Lembu 'wagyu' terjual hampir RM1 juta
SEORANG pekerja membersihkan seekor lembu baka Matsusaka di wilayah tengah Mi, Jepun. FOTO PIhak Berkuasa Tempatan Matsusaka

Tokyo: Lembu ‘wagyu’ baka Matsusaka dijual selepas harga bidaan yang sangat tinggi iaitu 30.04 juta yen (kira-kira RM948,412) dalam satu acara lelongan di Jepun, baru-baru ini.

The Straits Times melaporkan, ia adalah jumlah bidaan tertinggi dalam tempoh lapan tahun, lapor NHK.

Lelongan itu adalah sebahagian daripada pertandingan yang berlangsung pada 26 November lalu di bandar Matsusaka di wilayah tengah Mie.



Lembu seberat 676 kilogram (kg) itu dinobatkan sebagai ‘Ratu Matsusaka’ sebelum dijual dalam acara lelongan.

Haiwan itu dibeli oleh Asahiya Corp, pemborong dan peruncit daging di ibu kota wilayah Tsu.

Lembu itu adalah antara 50 haiwan itu yang ditampilkan dalam pertandingan berkenaan.

Penilaian dibuat oleh sembilan hakim yang menilai berdasarkan saiz dan keseimbangan fizikal keseluruhan haiwan itu.



Berdasarkan laporan media tempatan, lembu itu dipelihara oleh petani, Kazuaki Nakamura.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu media tempatan, bahawa dia sangat terkejut dengan keputusan itu, tetapi amat gembira.

Nakamura berkata, lembunya yang menang adalah ‘senyap’ dan sangat sihat.

“Saya memberinya makan berdasarkan pemerhatian keadaan fizikalnya, dan bercakap dengannya sambil membelainya,” katanya seperti dilaporkan menerusi akhbar, The Mainichi.



Menurut akhbar sama, ia adalah kemenangan kedua buat Nakamura, sejak 2018.

Lembu ‘wagyu’ terjual hampir RM1 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Jangan Terus Beretorik Tantang Projek ‘Land Bridge’ Thailand




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading