MP PN Menjerit Minta Peruntukan Tetapi Anak Tirikan ADUN Pembangkang Kedah

MP PN Menjerit Minta Peruntukan Tetapi Anak Tirikan ADUN Pembangkang Kedah

MP PN Menjerit Minta Peruntukan Tetapi Anak Tirikan ADUN Pembangkang Kedah

Dalam Dewan Rakyat, hampir setiap hari apabila bersidang, perkara yang paling utama dibangkitkan MP Perikatan Nasional adalah mengenai peruntukan dari persekutuan.

Bermacam-macam tuduhan dan tohmahan mereka lemparkan.

Kerajaan Perpaduan tidak adil, menindas MP pembangkang, menafikan hak rakyat untuk mendapat peruntukan dari dana kerajaan.



Walau pun PMX secara terang sudah menjelaskan, tidak memberi peruntukan kepada MP pembangkang bukan berarti menafikan hak rakyat di parlimen tersebut.

Dana dari pusat tetap diberikan tetapi disalurkan melalui agensi kerajaan yang berkaitan di parlimen tersebut.

Cuma ianya tidak disalurkan melalui ahli parlimen sebagaimana yang dilakukan sebelum ini.

Namun begitu, sekiranya ahli parlimen pembangkang masih mahu peruntukan seperti biasa, pintu rundingan sentiasa terbuka.



Hanya sikap angkuh dan sombong mereka yang tidak mahu berunding telah menyukarkan diri mereka sendiri.

Di sebalik kelantangan suara MP Perikatan Nasional menuntut peruntukan, rupa-rupanya mereka melakukan perkara yang sama di peringkat kerajaan negeri.

Banyak pihak terkejut apabila ADUN PH/BN membangkitkan tidak mendapat peruntukan dari Kerajaan Kedah yang ditadbir PAS.

ADUN Sidam, Bau Wong Bau Ek dalam sesi perbahasan pertamanya selaku Ketua Pembangkang DUN Kedah, membangkitkan perkara tersebut.



Menurut Bau Wong, permohonan tersebut dibuat bertujuan bagi membolehkan mereka bergerak, terutamanya ketika kawasan masing-masing berdepan bencana seperti kebakaran atau banjir.

“Saya dengan rendah diri memohon perhatian supaya disediakan sedikit peruntukan untuk tiga ADUN pembangkang”.

“Mohon Yang Berhormat Jeneri (Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor) beri sedikit peruntukan”.

“Kita sedia maklum, bencana seperti banjir dan ribut kerap melanda Kedah kebelakangan ini”.



“Dengan adanya peruntukan itu, sekurang-kurangnya kami dapat menyalurkan bantuan segera sebelum tindakan susulan diambil,” katanya.

Selain Bau Wong, dua lagi ADUN pembangkang ialah Adam Loh Wei Chai dan Teh Swee LeongĀ  iaitu ADUN Bakar Arang dan Kota Darul Aman.

Nilaikanlah sendiri.

 



MP PN Menjerit Minta Peruntukan Tetapi Anak Tirikan ADUN Pembangkang Kedah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button