Surat Tahanan Warga Israel Kepada HAMAS
Surat Tahanan Warga Israel Kepada HAMAS
Seorang wanita Israel menitipkan warkah penghargaan kepada Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas atas layanan istimewa diberikan sepanjang menjadi tahanan kumpulan itu.
Warkah yang dimuat naik pejuang Hamas itu tular sejak pagi tadi mendedahkan, pengakuan ikhlas tahanan Israel yang dibebaskan dalam perjanjian pertukaran gencatan senjata kemanusiaan.
Wanita itu, Danyal berkata, sangat terharu atas keprihatinan Hamas dalam menyediakan semua keperluan mereka sepanjang menjadi tahanan.
Terutama menyantuni anaknya, Emilia seperti darah daging sendiri.
“Kepada jeneral yang telah menemani saya dalam beberapa minggu kebelakangan ini”.
“Nampakya kita akan berpisah esok”.
“Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih dari lubuk hati saya untuk kemanusiaan luar biasa yang kalian tunjukkan”.
“Terutamanya terhadap anak saya, Emilia”.
“Kalian seperti ibu bapa kepadanya, menjemputnya ke dalam bilik kalian bila-bila masa yang dia mahu”.
“Terima kasih atas layanan dan banyak masa yang diluangkan sebagai penjaga anak saya biarpun ada ketikanya ia tidak tersedia”.
“Kanak-kanak tidak sepatutnya berada dalam kurungan”.
“Tetapi terima kasih kepada kalian dan orang baik yang kami temui di sepanjang tempoh ini”.
“Anak perempuan saya rasa macam seorang puteri di Gaza”.
“Dia mengakui kalian semua kawannya bukan saja kawan biasa tetapi seseorang yang benar-benar baik dan disayangi”.
“Kerana dari pangkat rendah sehingga ke pimpinan atas melayannya dengan baik, lembut dan dengan penuh kasih sayang”.
“Saya akan kenang budi baik berikan di sini walaupun situasi sukar yang kalian sendiri hadapi dan kerugian teruk dialami di Gaza”.
“Saya harap kita boleh menjadi kawan baik di dunia ini”.
“Kami doakan anda semua sihat dan salam sayang kepada kalian dan ahli keluarga kalian”.
“Terima kasih banyak-banyak,” katanya dalam warkah yang diterjemahkan penterjemah Cinta Gaza Malaysia.
Yang membezakan pejuang HAMAS dengan tentera Zionis adalah keimanan dengan kemungkaran serta kemanusiaan dengan kebinatangan.
Surat Tahanan Warga Israel Kepada HAMAS
Di Syorkan Untuk Anda:
- Akhirnya Muhyiddin Tunduk Kepada PAS
- Aman Palestin Dakwa Siasatan SPRM Berniat Jahat
- Benarkah Populariti Perdana Menteri Jatuh Selepas Setahun Berkuasa Adalah Perkara Biasa
- Malaysia Akan Menjadi Negara Pulau