Untung bersih Media Prima meningkat 73 peratus

Untung bersih Media Prima meningkat 73 peratus

Untung bersih Media Prima meningkat 73 peratus
Bangunan Balai Berita NSTP di Bangsar, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (Media Prima) mencatatkan keuntungan bersih RM13.9 juta, meningkat 73 peratus bagi suku yang berakhir pada 30 September 2023 (1QFY24).

Walaupun di dalam persekitaran industri dan ekonomi yang mencabar, Kumpulan berjaya merekodkan hasil sebanyak RM213.9 juta dalam 1QFY24.

Hasil pengiklanan kekal stabil, mencapai RM174.7 juta bagi 1QFY24, setanding suku sebelumnya yang berakhir pada 30 Jun 2023.



Keuntungan selepas cukai (PAT) Kumpulan meningkat 73 peratus kepada RM13.9 juta berbanding suku sebelumnya disumbang oleh pendapatan operasi lain yang lebih tinggi.Dalam tempoh kajian, perniagaan penerbitan Kumpulan, diwakili oleh The New Straits Times Press (NSTP), mencatatkan peningkatan dalam hasil pengiklanan dan percetakan, membawa kepada peningkatan 11 peratus dalam jumlah pendapatan segmen pada 1QFY24 berbanding suku sebelumnya.

Media Prima OMNiA dan REV Media Group juga melaporkan peningkatan dalam hasil berbanding suku sebelumnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

MP PN Menjerit Minta Peruntukan Tetapi Anak Tirikan ADUN Pembangkang Kedah



Hasil perniagaan Pengiklanan-Luar-Rumah Kumpulan adalah setanding berbanding suku sebelumnya manakala segmen Penyiaran mencatatkan sedikit penurunan disebabkan oleh hasil bukan pengiklanan yang lebih rendah.

Untung bersih Media Prima meningkat 73 peratus
Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid.

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid berkata, suku sebelum ini telah membuktikan ia adalah tempoh mencabar bagi industri media.

“Bagaimanapun, kami tetap berdaya tahan dan mencatatkan hasil yang menggalakkan.

“Ini menunjukkan keberhasilan pelan perniagaan yang mantap dan komitmen Kumpulan untuk mendorong pertumbuhan yang mampan.



“Melihat ke hadapan, kami menjangkakan ketidaktentuan ekonomi yang berterusan ini akan memberi impak kepada perbelanjaan pengiklanan dan sentimen pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, Kumpulan akan terus mengharungi cabaran ini sambil memberikan nilai kepada pemegang saham.

“Kumpulan akan terus memberi tumpuan kepada kelancaran operasi dan memanfaatkan kekuatan terasnya untuk meletakkan kami ke arah kejayaan,” katanya.

Untung bersih Media Prima meningkat 73 peratus
Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali berkata, pihaknya menyedari keadaan pasaran yang mencabar dan keperluan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan pilihan serta cita rasa pengguna dengan kemajuan teknologi.



“Pelan perniagaan tiga tahun kami, ia dibina berdasarkan kualiti kandungan, inventori premium dan penerokaan aliran pendapatan baharu sambil komited dalam memacu pertumbuhan dan memanfaatkan keupayaan teknologi.

“Kami akan terus mempertahankan perniagaan Kumpulan sambil membuat pelaburan strategik di dalam platform media yang semakin berkembang seperti segmen digital dan pengiklanan luar rumah.

“Untuk memenuhi keperluan pasaran yang sedang berkembang dengan berkesan, antara langkah strategik yang diambil termasuk memberi fokus kepada potensi platform penstriman kami, Tonton, dan perniagaan perdagangan, WOWSHOP, sejajar dengan aliran semasa,” katanya.

Katanya, antara inisiatif di bawah pelan perniagaan tiga tahun adalah untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan penstriman video melalui Tonton.



“Platform ini telah melalui transformasi, menampilkan wajah baharu yang segar dan perkhidmatan yang dipertingkatkan merentas web, mudah alih dan televisyen pintar.

“Antara yang diperkenalkan ialah TontonUp, perkhidmatan langganan yang menawarkan secara eksklusif Tonton Originals dan kandungan yang disiarkan serentak dengan siaran televisyen.

“Sejak melaksanakan pembaharuan berkenaan, Tonton telah mencatatkan peningkatan 27 peratus dalam pengguna berdaftar dan peningkatan sebanyak 46 peratus dalam tontonan televisyen secara langsung pada 1QFY24 berbanding suku sebelumnya.

“Peningkatan ini boleh dikaitkan dengan strategi pengedaran kandungan ke platform yang mantap.



“Tonton sebelum ini telah melancarkan aplikasi TV Pintar yang kini menyumbang 15 peratus daripada penonton platform itu,” katanya.

Dalam pada itu, bagi bidang kemanusiaan, Media Prima telah mengaktifkan semula Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima bagi membantu krisis kemanusiaan di Palestin yang berlaku ketika ini.

Kumpulan telah memperuntukkan sebahagian besar aset media untuk mengumpul

sumbangan bagi aktiviti bantuan kemanusiaan bagi menyokong komuniti yang terjejas di zon konflik.

“Dana yang dikumpul akan disalurkan kepada mangsa dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan bereputasi, yang akan bertanggungjawab menyediakan bantuan kecemasan kepada komuniti yang terjejas oleh krisis.

“Bantuan akan merangkumi sumber penting seperti bekalan dan perkhidmatan perubatan, makanan, dan keperluan asas lain,” katanya.

Untung bersih Media Prima meningkat 73 peratus

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Jangan Terus Beretorik Tantang Projek ‘Land Bridge’ Thailand

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button