Peluang besar untuk syarikat Malaysia

Peluang besar untuk syarikat Malaysia

Peluang besar untuk syarikat Malaysia
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. FOTO Aizuddin Saad

Kuala Lumpur: Potensi eksport bernilai RM2.4 bilion daripada perniagaan di Kazakhstan dan Uzbekistan menandakan peluang besar yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat Malaysia di rantau Asia Tengah itu.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata angka yang besar ini mencerminkan kepercayaan yang semakin meningkat dalam kalangan komuniti perniagaan mereka terhadap Malaysia sebagai rakan strategik dalam perdagangan dan pelaburan.

“Terdapat banyak peluang untuk syarikat Malaysia di sana,” katanya menerusi hantaran di laman X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) beliau hari ini.



Tengku Zafrul berkata melalui kehadiran MATRADE di Almaty dan Tashkent, MITI akan mengembangkan peluang perniagaan untuk syarikat Malaysia dan memastikan ini diterjemahkan kepada peluang komersial kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pekerjaan untuk rakyat.

Beliau merupakan sebahagian daripada delegasi yang mengiringi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan bermula 14-19 Mei.

Menurutnya, Malaysia dan Uzbekistan juga bersetuju untuk mengaktifkan semula Mesyuarat Jawatankuasa Perdagangan Bersama (JTC).

“JTC berfungsi sebagai platform untuk menangani isu berkepentingan; membincangkan bidang kerjasama sedia ada dan kemungkinan yang baharu; mengukuhkan kerjasama sektor swasta dan menggalakkan lagi perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara,” katanya.



Peluang besar untuk syarikat Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Jangan Di Kecam Kempen Pelajar Yang Mempertahankan Perlembagaan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button