Kebocoran gas: 6 buruh asing dikejarkan ke hospital

Kebocoran gas: 6 buruh asing dikejarkan ke hospital

Kebocoran gas: 6 buruh asing dikejarkan ke hospital
Seorang buruh pengsan manakala lima lagi sesak nafas akibat terhidu gas bocor dipercayai klorin di tapak pembinaan di Pegagau Agriculture Wakuba, Tawau semalam.

TAWAU: Seorang buruh pengsan manakala lima lagi sesak nafas akibat terhidu gas bocor dipercayai klorin di tapak pembinaan di Pegagau Agriculture Wakuba di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Jemishin Ujin berkata semua pekerja lelaki warga asing berumur 19 hingga 43 tahun itu dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Tawau susulan kejadian itu jam 11 pagi.

Beliau berkata mangsa ialah warga Indonesia Jamal Umar, 30 dan lima warga Filipina dikenali sebagai Said Bading, 43; Aduk Jak, 28; Shahrul Nizam Raymond,19; Milham Ibnu Hatta, 35 dan Jai Azmi, 19.



“Seorang pekerja berada di zon merah manakala lima lagi berada di zon kuning.

“Pihak kami bergegas ke lokasi setelah menerima maklumat kejadian dan mendapati berlaku kebocoran gas pada 11 pagi semasa kerja-kerja mengorek tanah menggunakan mesin pengorek di tapak pembinaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jemishin berkata pihaknya bertindak pantas untuk mengawal keadaan dengan memindahkan orang awam yang berada pada jarak 500 meter hingga 1 kilometer dari kawasan kejadian.

“Bomba juga membuat kerja-kerja pengezonan menggunakan pengesan gas untuk mengambil bacaan radiasi bahan dan menampal kebocoran pada tong yang dikenal pasti jenis klorin menggunakan tanah dan plastik, kerja-kerja penyahcemaran dijalankan sebelum operasi ditamatkan pada 8.36 malam tadi,” katanya. – BERNAMA



Kebocoran gas: 6 buruh asing dikejarkan ke hospital


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker