Saya nak bersihkan nama – Abdul Wahab

Saya nak bersihkan nama – Abdul Wahab

Saya nak bersihkan nama - Abdul Wahab

KAJANG: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) mendakwa tindakannya membuat laporan polis bagi membersihkan namanya dalam isu rakaman video perbualan lucah.

Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, mengakui beliau tertekan dengan apa yang berlaku membabitkan dirinya dengan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

“Saya tertekan. Saya trauma. Apalah nak cakap. Itu sahaja.



“Saya buat semua ini (laporan polis) kerana hendak membersihkan nama dan menuntut keadilan,” katanya selepas selesai siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, petang tadi.Abdul Wahab berkata, beliau pada masa ini tidak dapat memastikan status jawatannya di J-KOM, susulan daripada kes berkenaan.

Katanya, beliau berpuas hati dengan tindakan polis yang berusaha melengkapkan siasatan selepas dimaklumkan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, esok.

Saya nak bersihkan nama – Abdul Wahab

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker