Bekas CEO GLC dipenjara sehari, didenda RM30,000

Bekas CEO GLC dipenjara sehari, didenda RM30,000

Bekas CEO GLC dipenjara sehari, didenda RM30,000
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dipenjara satu hari dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Buttertworth selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu berhubung pembekalan peralatan keselamatan, tujuh tahun lalu. NSTP/ Ihsan SPRM

BUTTERWORTH: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dipenjara satu hari dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu berhubung pembekalan peralatan keselamatan, tujuh tahun lalu.

Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Aziedy Abdul Talib, 42 menukar pengakuan bersalah terhadap tiga pertuduhan dihadapinya pada April dan Mei lalu.

Aziedy juga diperintah untuk menjalani tambahan penjara dua hingga lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda berkenaan.



Terdahulu, mengikut kertas pertuduhan pertama dan kedua, Aziedy didakwa menipu dengan cara memperdaya seorang kakitangan wanita berusia 45 tahun untuk mempercayai ‘Payment Voucher’ bagi kerja pembekalan peralatan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan pemasangan sistem perhubungan bagi Projek Pangsapuri Seri Bayu adalah benar.

Atas tindakan itu mendorong kakitangan berkenaan membuat bayaran berjumlah RM75,000 kepada ATR Resources Enterprise, iaitu syarikat milik adik kandung tertuduh.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Mutiara.Com Sdn Bhd di antara 30 Mac dan 28 Oktober 2016.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh itu didakwa menipu kakitangan sama untuk mempercayai kandungan invois bagi kerja-kerja perkhidmatan ‘Kaspersky Antivirus License Renewal Consultation Service’ adalah benar sehingga mangsa membuat bayaran RM40,000 kepada syarikat sama.

Kesalahan itu dilakukan pada 11 Oktober 2016 di lokasi yang sama.



Pendakwaan dikemuka mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman, manakala tertuduh diwakili peguam Ang Chun Pun.

Bekas CEO GLC dipenjara sehari, didenda RM30,000

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker