Serbuan polis rampas barang hampir RM1 bilion tahun ini

Serbuan polis rampas barang hampir RM1 bilion tahun ini

Serbuan polis rampas barang hampir RM1 bilion tahun ini
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim (kiri) pada sidang media rampasan rokok seludup di Batu Uban. – Foto BH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyita pelbagai barang bernilai kira-kira RM920 juta sepanjang tahun ini Operasi (Op) Kontraban, Op Tiris dan Op Bersepadu Khazanah.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) melakukan 7,033 serbuan dalam operasi itu dengan 5,099 tangkapan.

Pengarah JKDNKA, Datuk Seri Hazani Ghazali, berkata kejayaan itu hasil serbuan dan operasi dijalankan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Simpanan Persekutuan.



“JKDNKA amat komited dalam membantu kementerian serta agensinya dengan melancarkan operasi berkualiti sehingga berjaya.

“Antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia,” katanya.

Katanya, JKDNKA sentiasa fokus dalam usaha memerangi kegiatan penyeludupan barang tidak bercukai, penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi serta memelihara khazanah negara supaya dapat memastikan hasil negara sentiasa dilindungi dan terus terpelihara.

“Penglibatan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada polis amatlah digalakkan agar kegiatan jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.



Serbuan polis rampas barang hampir RM1 bilion tahun ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button